Pemerintah pertimbang ambil balik gaji Iswaran sekiranya bersalah: Indranee
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemerintah menimbangkan mengambil balik gaji yang dibayar kepada Encik S Iswaran semasa beliau mengambil cuti ketidakhadiran, sekiranya beliau dikenakan tuduhan.
Ketua Dewan Indranee Rajah berkata demikian dalam perbahasan di mana parlimen mengundi menolak usul menggantung Encik Iswaran daripada Parlimen.
Encik Iswaran yang menjalani cuti ketidakhadiran sedang beliau menjalani siasatan sekarang ini, masih menerima gaji yang dikurangkan kepada $8,500 sebulan.
Beliau juga masih menerima elaun Anggota Parlimen.
"Kami menimbangkan untuk mengambil balik (gaji yang sudah dibayar), jika ia munasabah. Jika beliau didakwa, Perdana Menteri akan mengambil kira dakwaan, pertuduhan terhadapnya dan membuat keputusan sama ada untuk membuatnya meletakkan jawatan dan membayar balik kedua-dua gaji dan elaun, tanpa menantikan proses undang-undang, " kata Cik Indranee.
Usul itu digerakkan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Hazel Poa, yang mahu para Anggota Parlimen atau menteri yang disiasat bagi kesalahan rasuah, dikenakan cuti tanpa gaji sehingga kes selesai.
Ini khususnya memandangkan Singapura mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap rasuah.
"Haruskah kami mempunyai sistem yang membenarkan hasil di mana seorang AP yang akhirnya didapati bersalah menerima rasuah dan tugas-tugasnya sudahpun digantung, terus menerima elaun penuh seorang AP sepanjang tempoh siasatan termasuk tempoh prosiding mahkamah sehingga beliau akhirnya didapati bersalah dan sudah menggunakan semua saluran rayuan? Adakah ini satu cara yang baik untuk menggunakan hasil cukai? " tanya Cik Poa.

Sumber : CNA/SF/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.