Pemerintah perkukuh sokongan buat warga SG, pastikan rakyat berdaya maju
Pemerintah akan menggiatkan lagi komitmennya terhadap usaha menyokong warga Singapura di setiap peringkat kehidupan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akan menggiatkan lagi komitmennya terhadap usaha menyokong warga Singapura di setiap peringkat kehidupan.
Ini dengan meningkatkan kapasiti jagaan kesihatan, memperkenalkan undang-undang baharu demi melindungi golongan lemah serta mempersiapkan rakyat untuk masa depan yang dirubah oleh Kecerdasan Buatan (AI).
Semua itu terkandung dalam adendum Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.
Adendum itu adalah jawapan kepada ucapan Presiden Tharman Shanmugaratnam semasa pembukaan parlimen ke-15 baru-baru ini.
Bagi Kementerian Pendidikan, ia menyatakan para pelajar, guru dan pekerja akan dilengkapi dengan kemahiran untuk berdaya maju dalam dunia baharu zaman AI.
Para pelajar di sekolah dan institut pendidikan tinggi akan diajar menggunakan AI secara bertanggungjawab.
Mereka juga akan diasuh dalam mempertajamkan kemahiran seperti menguraikan masalah dan komunikasi - satu bidang yang boleh ditambah nilai oleh mereka, melangkaui AI.
SkillsFuture pula akan mengadakan program kecelikan AI bagi golongan pekerja lebih luas.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.