Skip to main content

Singapura

Pemerintah pastikan 'bekalan sederhana' tanah bagi kediaman privet; tapak baru di one-north, Tampines Street 62

 Pemerintah melancarkan program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh pertama 2021 pada Khamis (3 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah pastikan 'bekalan sederhana' tanah bagi kediaman privet; tapak baru di one-north, Tampines Street 62

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 03 Dec 2020 07:48PM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 07:55PM

SINGAPURA: Pemerintah melancarkan program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh pertama 2021 pada Khamis (3 Dis). Tapak-tapak tersebut itu menjana sekitar 7,045 unit kediaman privet, ruang komersil seluas 101,200 meter persegi dan menawarkan 1,070 bilik hotel.

Empat tapak di bawah program GLS itu adalah baru: Dua tapak di Slim Barracks Rise di one-north ditawarkan di bawah Senarai Disahkan, manakala satu di Jalan Tembusu, dekat Mountbatten Road dan satu lagi di Tampines Street 62 adalah dalam Senarai Simpanan.

Lagi sembilan tapak, terdiri daripada lima tapak kediaman, tiga tapak putih bagi tujuan kegunaan bercampur
dan sebuah tapak hotel - dipindahkan dari Senarai Simpanan pada separuh kedua tahun ini.

Program GLS dirancang dan diumumkan setiap enam bulan, menawarkan tanah negara untuk pembangunan privet.

Program GLS itu melibatkan 13 tapak, di mana empat tapak dalam Senarai Disahkan dan sembilan dalam Senarai Simpanan.

Tapak tanah dalam Senarai Disahkan dilancarkan untuk penjualan pada tarikh-tarikh tertentu, dengan kebanyakan tanah dijual menerusi tender.

Bagaimanapun, tapak dalam Senarai Simpanan tidak dilancarkan menerusi tender serta-merta tetapi hanya ditawarkan bagi penjualan jika harga minima yang ditetapkan oleh pemaju dalam permohonannya diluluskan oleh Pemerintah.

Dalam satu kenyataan media, Kementerian Pembangunan Negara (MND) menarik perhatian kesan pandemik COVID-19 terhadap program GLS itu.

"Bekalan tanah daripada Program GLS 1H2021 dirancang dengan berhati-hati untuk mengambil kira keadaan COVID-19 dan ekonomi," menurut kementerian itu.

"Dengan keadaan ekonomi dan pasaran tenaga kerja yang terus tidak menentu, Pemerintah memutuskan untuk mengekalkan bekalan unit kediaman privet yang sederhana dalam Senarai Disahkan dan tidak akan menawarakan sebarang tapak baru bagi penggunaan komersil atau hotel dalam Program GLS 1H2021.

"Meskipun begitu, masih terdapat pilihan yang baik dalam Senarai Simpanan di mana para pemaju boleh mencadangkan untuk dibangunkan sekiranya mereka menilai terdapat permintaan."

Related article image

Tender bagi tapak di Slim Barracks Rise akan dibuka pada Jun manakala dua tapak lain dalam Senarai Disahkan - tapak tambahan di Tampines Street 62 dan di Lentor Central akan dilancarkan pada April.

Tapak dalam Senarai Simpanan di Jalan Tembusu dan Tampines Street 62 akan ditawarkan mulai Mei manakala permohonan bagi tapak-tapak lain - termasuk tapak putih di Marina View dan tapak hotel di River Valley Road - sudah dibuka.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita