Skip to main content

Singapura

Pemerintah pastikan badan kehakiman S'pura mampu tarik bakat bermutu

Isu gaji dan tindakan melindungi badan kehakiman daripada salah guna kuasa dan penghinaan, adalah dua faktor utama bagi memastikan badan kehakiman Singapura terus menarik bakat paling bermutu dalam bidang guaman.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Mar 2018 07:29PM Dikemas Kini : 22 Mar 2018 12:49AM

SINGAPURA: Isu gaji dan tindakan melindungi badan kehakiman daripada salah guna kuasa dan penghinaan, adalah dua faktor utama bagi memastikan badan kehakiman Singapura terus menarik bakat paling bermutu dalam bidang guaman.

Menteri Undang-Undang K Shanmugam berkata demikian di Parlimen, sebagai menjawab pertanyaan tentang bagaimana pemerintah memastikan badan kehakiman Singapura dapat terus menarik bakat dan dibandingkan dengan Britain.

Encik Shanmugam berkata, sedang kebanyakan pengamal perundangan di Singapura mengalami potongan gaji apabila mereka menjadi hakim, potongan tersebut tidaklah setinggi seperti di Britain.

Ketegasan Singapura dalam pandangannya terhadap perbuatan menghina mahkamah, juga memastikan kepercayaan dan keyakinan terhadap badan kehakiman tidak terjejas, tambah Encik Shanmugam.

"Kami bukan hanya sepatutnya mengekalkan kedudukan kehakiman seperti yang saya sebutkan awal tadi - kita perlu bekerja keras untuk memperolehinya dan ini bermakna kita perlu mendapatkan bakat perundangan terbaik.

"Kita perlu memastikan kedudukan badan kehakiman tidak terdedah kepada serangan tidak adil," kata Encik Shanmugam.  

Sumber : CNA/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita