Pemerintah mungkin perlu semak syarat pelesenan import makanan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Hiasan (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Pemerintah mungkin menyemak syarat-syarat pelesenan import makanan untuk mempelbagaikan sumber makanan,
meliputi bahan makanan seperti ayam dan telur.
Ini ekoran langkah Malaysia melarang eksport ayam ke Singapura bulan lalu.
"Jika kami menguatkuasakan lebih banyak syarat, peraturan perniagaan, ia akan mewujudkan ketegaran. Namun kita mungkin perlu melakukannya kerana ia adalah suatu imbangan untuk menggalak perniagaan-perniagaan atau mewajibkan perniagaan-perniagaan untuk mempelbagaikan sumber. Jadi sekiranya kami mendapati ada sebab strategik untuk melakukan demikian, kami akan melakukannya," Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu memberitahu Parlimen pada Isnin (4 Jul).
Cik Fu juga meyakinkan rakyat Singapura bekalan makanan negara ini terjamin walaupun tengah-tengah ketidaktentuan sejagat ekoran perang di Ukraine.
Beliau berkata agensi-agensi Singapura sedang giat bekerjasana untuk memastikan negara ini mempunyai simpanan makanan yang mencukupi.

Sumber : CNA/ZM/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.