Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah mungkin perlu guna lagi rizab jika pandemik bertambah buruk: Heng Swee Keat

Pemerintah mungkin perlu menggunakan lagi rizab negara sekiranya pandemik COVID-19 bertambah buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2021 08:19PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 10:05PM

SINGAPURA: Pemerintah mungkin perlu menggunakan lagi rizab negara sekiranya pandemik COVID-19 bertambah buruk.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata dalam keadaan seperti itu, Singapura perlu memikirkan bagaimana dapat memastikan simpanan rizab itu dapat dikembalikan.

Singapura akan menggunakan rizab negara buat tahun kedua berturut-turut bagi langkah-langkah menangani COVID-19.

Secara keseluruhannya, ini melibatkan sehingga S$53.7 bilion.

Menerusi catatannya di Facebook, Encik Heng berkata menggunakan rizab negara buat dua tahun berturut-turut adalah satu keputusan amat sukar.

Sikap disiplin dalam mengimbangi Belanjawan adalah penting dalam daya tahan kewangan Singapura.

Namun harapan global sangat tidak pasti dan negara ini perlu bersedia bagi keadaan pemulihan yang tidak rata dan mengambil masa lebih lama.

Encik Heng menambah, Singapura sudah meraih manfaat semasa krisis itu disebabkan sikap berhemat dan pandangan jauh generasi-generasi sebelumnya.

Negara ini katanya perlu bergantung kepada generasi-generasi masa depan untuk terus mengamalkan sikap cermat ini supaya mereka dapat mengatasi krisis-krisis masa depan.

Sumber : CNA/SY/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa