Skip to main content

Singapura

Pemerintah mungkin kawal pelepasan bahan kimia bahaya agar udara tempat tertutup lebih selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah mungkin kawal pelepasan bahan kimia bahaya agar udara tempat tertutup lebih selamat

(Gambar: iStock/monkeybusinessimages)

Diterbitkan : 06 Jan 2023 06:24PM
SINGAPURA: Sektor bangunan sudah memperkenalkan garis panduan untuk meningkatkan mutu udara di dalam kawasan tertutup di Singapura. Ini satu langkah yang boleh diperkukuh dengan peraturan pemerintah pada masa akan datang.
PEMERINTAH RANCANG UNTUK MENGAWAL

Berucap semasa pelancaran garis panduan baru itu pada Rabu (5 Jan), Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu, berkata Pemerintah sedang merancang untuk mengawal selia mutu udara di dalam kawasan tertutup.

"Kawalan tidak memastikan piawaian dipatuhi sepanjang masa. Kita perlu mengambil langkah susulan dengan pemeriksaan dan penguatkuasaan," katanya.

"Jadi kita harus memikirkan semua cara bagi membentuk dasar sebelum mencapai keputusan, namun ia adalah sesuatu yang kami sedang teliti dengan serius."

Beliau berkata menerima saranan perikatan untuk memperkenalkan peraturan akan memerlukan kajian kriteria seperti tahap di mana pelepasan bahan kimia itu harus dianggap berbahaya dan pihak yang akan dikawal.

Beliau menambah bahawa pentingnya pengalihan udara menjadi ketara selepas pandemik COVID-19 ketika orang ramai terpaksa duduk di dalam rumah.

BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN

Penasihat Presiden Majlis Industri Perabot Singapura, Mark Yong, berkata orang ramai akan berpindah ke rumah mereka sejurus selepas memasang semua kelengkapan.

"Kita tidak memberikan masa untuk memastikan ruang itu mendapat pengalihan udara dengan betul," kata beliau sambil menambah bahawa beberapa bahan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga enam minggu sebelum kesemua pelepasan bahan kimia itu hilang.

Antara huraian untuk menambah baik situasi adalah dengan menggunakan produk yang tidak berbahaya seperti pelekat air namun kos menjadi penghalang.

PERMULAAN BAGI PERTUBUHAN

Garis panduan itu berfungsi sebagai "titik permulaan" bagi pertubuhan untuk meneroka cara untuk meningkatkan mutu udara di dalam ruang mereka, kata Cik Abby Chan, pengurus kanan bagi kemampanan di C&W Services.

Cik Chan sedar bahawa kos mungkin akan menjadi isu kepada firma lain kerana sensor yang diperlukan untuk menilai kadar pelepasan bahan kimia di dalam sebuah ruangan mungkin lebih mahal.

Namun beliau menambah bahawa firma yang tidak dapat memasang peranti pengukur sedemikian boleh melibatkan pihak luar seperti makmal bertauliah untuk menjalankan ujian.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita