Pemerintah merata dunia perlu cari modal swasta bantu capai sifar bersih jelang 2050: PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menghadiri satu sesi sidang puncak G20 di New Delhi pada 9 Sep 2023. (Gambar: MCI)
NEW DELHI: Para pemerintah perlu mencari jalan untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada sektor swasta untuk membantu dunia mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050 kerana ini akan memerlukan pelaburan tahunan bertrilion dolar.
Demikian tegas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di sidang puncak G20 di New Delhi pada Sabtu (9 Sep).
"Pemerintah sahaja tidak mampu melakukan semua itu sendiri. Kita perlu mencari lebih banyak dana privet untuk dilaburkan dan saling menyokong modal awam," kata beliau.
PM Lee menarik perhatian bahawa Singapura sedang meninjau satu platform kewangan bercampur yang akan "menarik dan melabur" ke dalam pembiayaan hijau bagi sektor awam, swasta dan dermawan.
Pembiayaan bercampur merujuk kepada penggunaan strategik modal awam - menerusi pelbagai cara seperti hutang dan pinjaman dengan kadar faedah rendah, atau pelaburan ekuiti - untuk menarik pelaburan swasta.
Singapura berminat untuk menjalin kerjasama dengan pihak lain bagi inisiatif pembiayaan bercampur ini, kata PM Lee.
PM Lee mengemukakan perkara tersebut semasa berucap dalam sesi pertama bagi para pemimpin global di sidang puncak tahunan G20, yang secara rasmi bermula di ibu kota India pada Sabtu (9 Sep).
Sesi pertama itu antara lain memberi tumpuan kepada pembangunan hijau dan mampan.

Selain membicarakan tentang model pembiayaan baharu, PM Lee turut menyentuh tentang bagaimana teknologi-teknologi mahupun pasaran baharu ibarat satu "harapan" bagi negara-negara seperti Singapura yang berdepan pelbagai cabaran dalam peralihan iklim.
Misalnya, Singapura melakarkan satu strategi negara bagi penggunaan hidrogen - salah satu teknologi yang sedang berkembang dan dapat membantu dalam peralihan ke dunia berkarbon rendah - untuk menghijaukan sektor tenaganya.
Pemerintah Singapura mengumumkan pada Oktober lalu bahawa hidrogen berkarbon rendah boleh membekalkan sehingga separuh keperluan tenaga negara menjelang 2050.
"Potensi menggunakan hidrogen secara meluas bergantung kepada kerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa bagi rantaian bekalan global yang boleh dipercayai dan berdaya bingkas. Dan perkara ini, tiada negara mampu melakukannya sendiri," kata PM Lee sambil menambah bahawa Singapura berminat untuk menjalin kerjasama dengan "rakan-rakan dengan pemikiran sama" untuk mempelbagaikan tawaran dalam sektor tenaga.
Mengenai pasaran baharu pula, PM Lee akur bahawa pihak pemerintah di merata dunia perlu bekerjasama untuk mewujudkan sekitaran membina bagi pelaburan untuk pelupusan atau pengurangan karbon, seperti dengan menyediakan takrif jelas tentang apa itu kegiatan hijau dan peralihan.
Penggalakan dasar-dasar pengurangan (karbon), tambah beliau, adalah langkah pertama untuk mengenal pasti pendekatan yang berkesan untuk menangani perubahan iklim, mewujudkan pasaran baharu dan menyalurkan pembiayaan kepada apa yang paling diperlukan.
Ini sebabnya Singapura menyokong pendekatan melibatkan banyak pihak - seperti forum inklusif Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) - untuk mencapai matlamat pengurangan karbon.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.