Pemerintah memperuntuk S$20 juta bagi program pembiayaan bersama projek media serantau S'pura
Pemerintah memperuntukkan S$20 juta bagi satu program pembiayaan bersama projek-projek media serantau di Singapura.
SINGAPURA: Pemerintah memperuntukkan S$20 juta bagi satu program pembiayaan bersama projek-projek media serantau di Singapura.
Usaha sama dengan beberapa pelabur lain itu dijangka menghasilkan lebih banyak rancangan yang diterbitkan di Singapura serta mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran mengumumkan demikian di Forum dan Pasaran TV Asia (ATF).
Program pembiayaan projek bersama itu merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Ia antara beberapa inisiatif yang dijangka meningkatkan jumlah dan mutu kandungan yang diterbitkan di Singapura, atau projek-projek hasil kolaborasi antara para penerbit tempatan dengan rakan-rakan antarabangsa.
"Dari hasil 'penerbitan di Singapura kepada hasil penerbitan bersama Singapura', kami percaya Singapura boleh berfungsi sebagai pintu masuk antara dunia dengan rantau ini - dengan memudahkan pertukaran-pertukaran, mewujudkan perkongsian dan membolehkan bakat-bakat serantau mencapai aspirasi mereka," ujar Encik S Iswaran.
Tiada batasan tentang jenis projek-projek yang akan dihasilkan, tetapi pihak-pihak yang berminat mesti memulakan projek berkenaan dan melabur di Singapura.
Syarikat-syarikat juga mesti mempunyai rekod kelakonan dan pengurusan dana media yang baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.