Pemerintah, majikan perlu bantu siswazah baharu dapatkan pekerjaan pertama: Presiden Tharman
Anggaran Waktu Membaca:
Para siswazah Universiti Nasional Singapura. (Gambar fail: Lionel Lin)
- Presiden Tharman Shanmugaratnam menyeru pemerintah dan majikan bekerjasama membantu siswazah baharu mendapat pekerjaan pertama ketika AI mengubah permintaan kerja permulaan.
- Beliau menegaskan sokongan itu perlu menjadi dasar jangka panjang kerana belia tanpa kerja berisiko hilang kemahiran, pendapatan dan keyakinan masa depan.
- Di acara Bank Dunia, beliau berkata penciptaan pekerjaan di China, India dan Asia Tenggara semakin tertinggal berbanding pertumbuhan ekonomi.
- Walaupun AI boleh menekan tenaga kerja lebih luas, Tharman melihat peluang dalam pengeluaran, tenaga hijau, penjagaan kesihatan dan perniagaan kecil.
SINGAPURA: Pemerintah dan majikan perlu bekerjasama bagi membantu siswazah baharu mendapatkan pekerjaan pertama mereka.
Ini sedang kecerdasan buatan (AI) membentuk semula permintaan untuk pekerja di tahap permulaan.
Presiden Tharman Shanmugaratnam menekankan sokongan sedemikian harus menjadi sebahagian daripada dasar jangka panjang, bukan sekadar langkah bagi mengatasi krisis.
Beliau memberi amaran tanpa bertapak dalam pekerjaan pertama, golongan muda berisiko kehilangan bukan sahaja peluang untuk membina kemahiran atau pendapatan, tetapi juga keyakinan terhadap masa depan mereka.
Presiden Tharman berkata, "Pemerintah perlu terlibat dengan sektor swasta untuk mewujudkan pekerjaan pertama itu, bagi mencipta laluan menuju anak tangga pertama bagi kerjaya anda.
"Kita tidak mampu kehilangan itu kerana jika ia berlaku, anda bukan sahaja memiliki kohort belia yang menunggu selama setahun dan bersaing dengan kohort pada tahun berikutnya, anda juga kehilangan lebih daripada setahun kemahiran.
"Anda kehilangan keseluruhan ciri-ciri yang tidak ketara, dan anda kehilangan kepercayaan terhadap masa depan.
Presiden Tharman berkata demikian di acara Bank Dunia mengenai topik mewujudkan pekerjaan lebih baik dengan AI.
Beliau berkongsi di China, India dan Asia Tenggara, penciptaan pekerjaan semakin ketinggalan berbanding pertumbuhan ekonomi.
Presiden Tharman juga memberi amaran AI boleh menimbulkan tekanan kepada golongan tenaga kerja yang lebih luas, tidak seperti gelombang automasi terdahulu yang hanya menjejas pekerja sektor pengilangan berkemahiran rendah.
Namun sebaliknya, beliau juga melihat peluang untuk penciptaan pekerjaan bagi sektor pengeluaran, tenaga hijau dan penjagaan kesihatan, serta untuk perniagaan kecil yang memanfaatkan AI demi mencapai pasaran baharu.
Presiden Tharman menambah, "AI akan mengaburkan perbezaan antara menjadi pekerja dengan menjadi usahawan. Kebangkitan syarikat satu orang, maksudnya syarikat yang bermula dengan hanya seorang, kemudian beberapa orang lagi dibawa masuk, adalah fenomena baharu yang sudah muncul di banyak bahagian negara membangun dan dunia maju, dan kita perlu menggalakkannya."

Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.