Pemerintah lancar dana S$10 juta sokong filem, siri TV yang pamerkan SG ke seluruh dunia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Rabu (5 Apr) mengumumkan pelancaran dana S$10 juta untuk menyokong penerbitan siri televisyen dan filem yang mempamerkan Singapura ke seluruh dunia.
Dana Skrin Singapura atau "Singapore On-screen Fund" dijangka memikat projek yang memberi peluang kepada perusahaan media dan bakat tempatan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi media dan hiburan global dalam menghasilkan kandungan bagi penonton antarabangsa, menurut kedua-dua agensi itu dalam satu kenyataan bersama.
PROJEK APA YANG BOLEH DAPAT DANA?
Projek-projek itu mesti berlatar belakangkan Singapura dan dilancarkan sebelum suku pertama 2027.
Projek yang berjaya akan menerima pembiayaan sehingga 30 peratus daripada kos kelayakan, yang menampilkan Singapura, termasuk kos penerbitan dan pemasaran.
Ditanya tentang jenis penerbitan yang akan mendapat pembiayaan, CEO STB Encik Keith Tan berkata ia merangkumi "apa-apa sahaja yang mempunyai kandungan yang bermutu".
“Kami sedang melihat pada kemungkinan projek cereka sains atau jenayah atau drama penuh aksi seperti yang kami lihat dengan Little Women. Jadi, apa-apa sahaja boleh, tetapi kuncinya adalah kandungan dan daya tarikan hasil penerbitan itu, katanya sambil merujuk kepada drama Korea yang sebahagian penggambarannya dibuat di Singapura tahun lalu.
TEMPAT PENGGAMBARAN BARU DIPERLUKAN
Tujuannya adalah untuk bekerjasama dengan syarikat penerbitan dan studio paling terkenal di dunia, tambahnya.
Encik Tan berkata STB sudah mempunyai kerjasama berterusan dengan Warner Bros, yang akan "diperkukuh" bagi program hiburan lain.
“Tujuan kami adalah untuk mendapatkan idea daripada mereka dan mendengar cadangan mereka. Hasil perbincangan kami dan IMDA bersama kebanyakan syarikat ini, mereka mempunyai idea, dan mereka sedang mencari tempat penggambaran bagi pnerbitan mereka,” katanya.
Beliau berkata bahawa jumlah dana sebanyak S$10 juta ditetapkan sebagai tanda aras selepas dibandingkan dengan dana serupa di negara-negara lain.
"Ia bertujuan untuk memastikan Singapura kekal berdaya saing berbanding bandar lain yang mungkin membuat bidaan bagi projek itu juga," katanya, sambil menambah bahawa agensi itu tidak menyasarkan banyak penerbitan bagi tahun-tahun akan datang.
KISAH SINGAPURA YANG MASIH BELUM TERBONGKAR
Penerbit filem Singapura, Tan Si En, yang sudah menghasilkan banyak filem yang memenangi anugerah bersama pengarah tempatan Anthony Chen dan Kirsten Tan, menyifatkan pelancaran dana itu sebagai "memberangsangkan".
"Ia menyediakan peluang yang sangat menarik bagi kami untuk mempelawa syarikat penerbitan antarabangsa untuk datang ke Singapura dan menjalankan penggambaran," katanya.
Beliau menambah bahawa ia sesuatu yang "menyeronokkan" untuk menjadi sebahagian daripada filem seperti Crazy Rich Asians dan siri cereka sains, iaitu musim ketiga Westworld, yang sebahagian penggambarannya dibuat di Singapura.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.