Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah laksana pelbagai langkah terus bantu pekerja bergaji rendah, PMET

Pemerintah sudah memperkenalkan pelbagai langkah untuk terus membantu pekerja bergaji rendah dan golongan karyawan, pengurus, jurutera dan teknisyen (PMET) di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Sep 2020 08:15PM Dikemas Kini : 01 Sep 2020 09:06PM

SINGAPURA: Pemerintah sudah memperkenalkan pelbagai langkah untuk terus membantu pekerja bergaji rendah dan golongan karyawan, pengurus, jurutera dan teknisyen (PMET) di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Pengiktirafan bagi syarikat yang rela membayar gaji progresif juga akan dilaksanakan dalam bentuk 'Aras Model Gaji Progresif (PWM)'.

Namun, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata untuk usaha itu membuahkan hasil, masyarakat juga perlu memainkan peranan.

Cik Teo menambah bahawa masyarakat sebagai pengguna perlu bersedia membayar lebih untuk membeli produk atau khidmat syarikat.

Ini, katanya, akan mendorong lebih banyak syarikat untuk menjadi progresif dan melaksanakan Aras PWM yang sekaligus akan memberi manfaat kepada golongan pekerja bergaji rendah.

Bagi golongan PMET yang pertengahan usia, MOM menyatakan ia sedang merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak majikan untuk menyemak proses pengambilan pekerja.

"Kumpulan yang diperluaskan itu termasuk syarikat di mana teras rakyat tempatan semakin melemah atau tenaga kerja Pas EP dan S tertumpu kepada satu sumber negara asing saja.

"Melalui campur tangan aktif, kita akan membantu merubah profil tenaga kerja mereka. Ini akan dilakukan bersama dengan agensi seperti EDB dan MAS," kata Cik Teo.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan