Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah, kumpulan bantu diri akan bantu rakyat capai potensi penuh, kata DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah, kumpulan bantu diri akan bantu rakyat capai potensi penuh, kata DPM Wong

Gambar: Singapore Indian Development Association/Facebook

SINGAPURA: Pemerintah dan badan-badan bantu diri akan terus menyokong rakyat terutamanya golongan belia membangunkan sepenuhnya potensi mereka, tegas Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong.

Namun beliau juga menggesa semua rakyat Singapura agar memainkan peranan dalam usaha tersebut.

Misalnya, ibu bapa boleh menyokong minat anak-anak mereka dan tidak hanya memberi tumpuan kepada peperiksaan.

Golongan muda pula harus memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mengejar bidang pilihan mereka.

"Mendakapi perubahan ini juga melibatkan perubahan dalam cara pemikiran semula lapisan masyarakat dan itu tidak selalunya mudah. Itulah sebab kami memulakan baru-baru ini apa yang dipanggil gerakan Melakar Hala Tuju Singapura. Sedang kita melakarkan hala tuju ke dalam dunia yang tidak menentu dan kian berubah, apakah harapan kita untuk satu sama lain sebagai rakyat?," kata Encik Wong.

"Apakah pula peranan dan tanggungjawab kita terhadap satu sama lain dan bagaimanakah boleh kita memikirkan cara untuk mengukuhkan kompak sosial ini, mengukuhkan kepercayaan kita terhadap Singapura bagi membolehkan Singapura terus makmur dan berjaya bertahun-tahun lagi?" ujar beliau.

DPM Wong berkata demikian di acara badan bantu diri masyarakat India, SINDA, yang memberi penghargaan kepada lebih 780 pelajar cemerlang.

Para pelajar tersebut membentuk kohort terbesar dalam sejarah SINDA menerima Anugerah Kecemerlangan kerana pencapaian dalam bidang-bidang pendidikan, sukan dan seni.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan