Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah komited tingkatkan akses, pastikan flat dalam kemampuan

Pemerintah Singapura lahirkan komitmen baru untuk membantu rakyat meningkatkan akses dan pastikan flat HDB terus dalam kemampuan semua.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemerintah Singapura lahirkan komitmen baru untuk membantu rakyat meningkatkan akses dan pastikan flat HDB terus dalam kemampuan semua.

Berucap di parlimen siang tadi (6 Feb), Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata salah satu rancangan pemerintah adalah melancarkan lebih banyak flat dengan masa menunggu yang lebih singkat mulai tahun depan. 

"Kami merancang untuk mencapai paras sebelum COVID dengan melancarkan sekitar 2,000 hingga 3,000 flat dengan Masa Menunggu Lebih Pendek pada setiap tahun menjelang 2025, dengan masa menunggu di bawah tempoh tiga tahun. 

"Selepas itu, dalam tempoh masa tertentu, kami akan menentukur semula program binaan agar flat dengan Masa Menunggu Lebih Pendek membentuk sebahagian besar bekalan flat baru. 

"Dengan cara ini, kita akan kurangkan masa menunggu dan tingkatkan sokongan pemilikan rumah, serta aspirasi perkahwinan dan keibubapaan rakyat Singapura," kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.

Encik Lee menambah, pemerintah akan terus menyemak semula cara memperuntukkan bekalan flat dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan perumahan yang paling mendesak. 

Beliau berkata berdasarkan maklum balas orang awam, terdapat persetujuan bahawa pembeli kali pertama perlu diutamakan terutama mereka yang akan berkahwin dan sudah mempunyai anak-anak kecil.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan