Pemerintah komited sokong pelajar Melayu memerlukan; kaji skim TTFS secara tetap
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah komited untuk memastikan pelajar Melayu dalam keluarga yang berdepan dengan masalah kewangan dapat terus melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan sentiasa mengkaji semula kriteria kelayakan pendapatan skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS), kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.
Beliau menambah, pemerintah akan mengambil kira keseluruhan keadaan ekonomi semasa yang dihadapi oleh keluarga-keluarga di tengah-tengah inflasi.
Encik Masagos berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen GRC Aljunied, Muhamad Faisal Abdul Manap tentang sama ada terdapat rancangan untuk mengkaji semula kriteria pendapatan kelayakan bagi TTFS sedang kos sara hidup semakin meningkat.
TTFS adalah subsidi yuran pengajian buat pelajar Melayu yang layak di institut pengajian tinggi tempatan seperti politeknik dan universiti.
Kuantum TTFS meliputi sehingga 100 peratus yuran pengajian pelajar.
Buat masa ini, para pelajar Melayu daripada isi rumah berpendapatan per kapita $2,000 dan ke bawah menerima bantuan TTFS.
Pelajar yang layak juga boleh mempertimbangkan skim bantuan lain daripada MENDAKI dan Kementerian Pendidikan (MOE).

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.