Pemerintah komited pastikan kos penjagaan kesihatan dimampui, mampan dan bermutu: Rahayu
Pemerintah komited dalam memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu milik, mampan dan bermutu untuk semua rakyat Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah komited dalam memastikan kos penjagaan kesihatan kekal dimampui, mampan dan bermutu untuk semua rakyat Singapura.
Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam menekankan perkara itu dalam satu wawancara bersama BERITA Mediacorp berhubung perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS).
Menurut beliau, peningkatan kes penyakit kronik dalam kalangan masyarakat merupakan salah satu cabaran utama dalam sektor kesihatan negara ini.
Oleh itu, pemerintah memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menangani isu tersebut.
"Pertama adalah pengurusan penyakit kronik kerana semakin masyarakat menua, penyakit kronik juga meningkat dalam kalangan masyarakat kami ia perlu diperhatikan. Kedua, kami juga lihat bagaimana kami boleh menggunakan teknologi. Dengan adanya penilaian teknologi untuk mungkin beberapa rawatan yang boleh kita gunakan untuk memperbaiki mutu. Tetapi kami juga harus perhatikan bagaimana hendak menilai mana yang kos terlalu tinggi. Jadi, kami perlu pastikan adanya keberkasanan kos dan keberkesanan klinikal," kata Cik Rahayu kepada wartawan Syawal Yusoff.
Aspek ketiga adalah usaha untuk mengalihkan penjagaan kesihatan dari hospital ke dalam masyarakat bagi mengurangkan kos keseluruhan.
KEGUNAAN MEDISAVE YANG DIPERLUAS
Cik Rahayu turut berkongsi langkah-langkah yang diambil pemerintah untuk meringankan kos rawatan bagi para penduduk.
Seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, antara inisiatif yang diperkenalkan adalah meningkatkan had penggunaan MediSave dan Flexi-MediSave untuk rawatan pesakit luar tertentu.

"Kita akan meningkatkan penggunaan tahunan MediSave daripada S$300 kepada S$600. Kita juga lihat bagaimana kita boleh juga meningkatkan had pengeluaran lexi-MediSave daripada S$300 ke S$400.
"Jadi itu adalah antara cara kita mahu melihat bagaimana kita dapat memberikan keringanan jugalah kepada mereka yang perlu menggunakan wang MediSave untuk membiayai kos rawatan mereka," jelas Cik Rahayu.
Perubahan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 500,000 pesakit yang menggunakan MediSave untuk imbasan pesakit luar setiap tahun, dan kira-kira 700,000 warga emas yang menggunakan Flexi-MediSave.
SOKONGAN BAGI RAWATAN PERGIGIAN
Menjelang suku keempat tahun ini, subsidi untuk rawatan pergigian akan diperluas bagi pemegang kad Generasi Pioneer, Generasi Merdeka, dan CHAS.
"Kami mendapat maklum balas yang rawatan seperti perawatan saluran akar atau 'root canal' dan 'crowning' itu kosnya juga tinggi. Jadi, kami lihat bagaimana kami boleh meluaskan rangkuman subsidi itu kepada pemegang kad CHAS jingga. Kami juga mempertingkatkan subsidi dalam rangka rawatan-rawatan yang berkenaan dengan pergigian itu juga," jelasnya.
Cik Rahayu turut menekankan keperluan untuk memberi lebih perhatian kepada penduduk yang semakin menua, terutama dalam aspek penjagaan jangka panjang.
Sehubungan itu, pemerintah akan meningkatkan subsidi bagi perkhidmatan penjagaan warga emas, termasuk bantuan kos untuk penjagaan di rumah serta rumah jagaan.
Menjelang akhir 2026, setiap kawasan akan mempunyai penyedia Penjagaan Masyarakat Bersepadu untuk menguruskan keperluan penjagaan jangka panjang warga emas dengan lebih cekap dan berkesan.
Langkah-langkah itu, menurut Cik Rahayu, bertujuan memastikan kos penjagaan kesihatan tidak membebankan generasi muda yang akan datang.
"Di Singapura, kami membelanjakan dalam 5 peratus daripada GDP kami untuk kos berkenaan dengan kesihatan dan ini akan hanya terus meningkat. Jadi, kami cuba lihat bagaimana kami dapat memastikan kos tidak terus meningkat dengan melakukan usaha-usaha yang dari bawah," ujarnya.
MANFAATKAN USAHA-USAHA KESIHATAN PEMERINTAH DARI USIA MUDA
Cik Rahayu juga menggesa golongan muda untuk memanfaatkan pelbagai inisiatif kesihatan yang diperkenalkan pemerintah bagi memastikan kesejahteraan mereka pada usia lanjut.
Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk SG Lebih Sihat, Sihat Menua SG, Sihat Membesar SG, serta aplikasi Healthy365 yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat seja
"Kami mahu merapatkan jurang itu dan kami harus lakukan usaha itu dari bawah. Jadi ini antara usaha yang kami lakukan. Dalam masa yang sama juga, kami harus memerhatikan bagaimana kami dapat membantu mereka yang sudah sedia ada dalam keadaan ini, yang mempunyai penyakit kronik.
"Jadi pengurusan penyakit kronik itu penting untuk memastikan yang mereka juga dapat terus kalau boleh kurang terjejas dengan penyakit mereka dan kalau mereka dapat tangani dengan baik, keluarga dan generasi muda juga tidak akan terlalu terjejas dengan penyakit itu," tambah beliau.
Selain itu, Cik Rahayu juga menegaskan kepentingan sokongan kepada generasi muda yang mungkin mempunyai tanggungjawab menjaga ibu bapa atau warga emas dalam keluarga mereka.
"Jadi saya rasa ini adalah antara usaha-usaha yang kami pastikan adanya sokongan yang pemerintah berikan kepada generasi yang lebih muda, membantu menyokong mereka dalam menangani mungkin tugas mereka menjaga atau memelihara warga tua mereka," katanya.

KEPENTINGAN JAGAAN KESIHATAN MENTAL
Selain itu, Cik Rahayu juga menyentuh tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental.
Sebagai langkah strategik, pemerintah telah menubuhkan Pejabat Kesihatan Mental Kebangsaan untuk meningkatkan kesedaran serta memperkukuh kemampuan profesional dalam menangani isu kesihatan mental.
Rangkaian M³ juga memberi tumpuan kepada isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.
"Kami tidak boleh katakan seseorang itu sihat sekiranya kesihatan mentalnya tiada. Jadi ianya sebahagian daripada kesihatan sebagaimana kesihatan fizikal adalah sebahagian daripada kesihatan kita," kata Cik Rahayu.
Beliau menegaskan bahawa kejayaan dalam meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap kesihatan mental memerlukan kerjasama erat antara pemerintah, industri dan masyarakat.
“Individu itu juga harus digalakkan untuk mengambil bahagian dalam usaha meningkatkan kesihatan masyarakat. Jadi itu yang saya rasa tanggungjawab masing-masing, juga pemerintah ada tugas kami, sediakan rangka kerja bekerja dengan industri, dengan rakan kerja masyarakat, tetapi individu juga harus mengambil bahagian dalam usaha ini,” kata beliau.
Beliau turut mengalu-alukan masyarakat agar terus bekerjasama dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu milik, berkualiti dan mampan untuk masa depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.