Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah komited memastikan sekitaran selamat untuk wanita

Menteri Undang-Undang K Shanmugam berkata pindaan kepada Kanun Keseksaan yang dicadangkan akan menjadikan hukuman untuk jenayah-jenayah seperti voyeurisme dan "pornografi balas dendam" lebih berat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 May 2019 06:37PM Dikemas Kini : 07 May 2019 12:01AM

SINGAPURA: Menteri Undang-Undang K Shanmugam berkata pindaan kepada Kanun Keseksaan yang dicadangkan akan menjadikan hukuman untuk jenayah-jenayah seperti voyeurisme dan "pornografi balas dendam" lebih berat.

Pemerintah, katanya, mahu memberi isyarat yang kuat untuk mengekang bakal pesalah dan melindungi mangsa-mangsa yang "kebanyakannya wanita".

Encik Shanmugam berkata: "Apabila privasi seseorang wanita dilanggar, tindakan susulan harus memastikan bahawa mangsa dilayan dengan hormat dan bermaruah. Kebimbangannya harus ditangani dan diberikan sokongan."

Beliau menambah bahawa rangka kerja undang-undang jenayah harus menangani pesalah dengan cara yang memastikan keselamatan tertentu si mangsa dan mencegah pesalah pada masa depan.

Menurut Encik Shanmugam lagi, golongan wanita sepatutnya berasa selamat dan para anggota dewan Parlimen diberi jaminan bahawa pemerintah komited untuk terus memastikan persekitaran yang selamat buat mereka dan bertindak tegas terhadap kesalahan-kesalahan sedemikian. 

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan