Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah komited libatkan setiap orang termasuk belia bagi bentuk masa depan negara

Pemerintah komited untuk melibatkan setiap orang, termasuk belia bagi membantu membentuk masa depan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2019 07:58PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 11:46PM

SINGAPURA: Pemerintah komited untuk melibatkan setiap orang, termasuk belia bagi membantu membentuk masa depan negara.

Ini ditekankan oleh dua orang menteri pucuk pimpinan generasi keempat, Cik Indranee Rajah dan Encik Chan Chun Sing, semasa mereka menyampaikan anugerah kepada para belia yang terlibat dalam pertandingan yang mencipta visi bagi negara ini pada tahun 2040.

Antara gambaran visi yang mungkin membentuk masa depan Singapura yang dibayangkan para pelajar Maktab Rendah Nanyang, termasuklah kereta yang boleh terbang dan panel suria di tepi jalan.

Mereka adalah antara 89 belia yang mendapat pengiktirafan dalam Pertandingan Singapura,

Tempat Tinggal Kita SG75 yang bertujuan untuk memberi ruang bagi golongan belia menyuarakan pandangan mereka terhadap masa depan negara.

Kelab Masyarakat Tanjong Pagar-Tiong Bahru menjadi tuan rumah pertandingan itu yang turut mendapat sokongan Cik Indranee Rajah dan Encik Chan Chun Sing.

"Bagi perubahan Singapura seterusnya kami memerlukan kreativiti semua orang. Pemikiran anda, usaha anda bukan sekadar idea tetapi juga bahagian untuk menjalankan dan melaksanakannya," menurut Cik Indranee.

Encik Chan pula memberi jaminan bahawa kesemua harapan dan visi yang dikongsi golongan belia ini amat berharga.

"Di Singapura, kita tidak mahu kejayaan kita diukur dengan betapa baik dilakukan generasi ini saja. Di Singapura, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan kejayaan kita diukur dengan bagaimana generasi seterusnya dapat buat lebih baik daripada generasi kami," kata Encik Chan Chun Sing.

Pertandingan tahunan ini akan diadakan lagi tahun depan dengan tema yang berbeza iaitu bagaimana untuk mengharungi perubahan iklim sebagai sebuah masyarakat.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan