Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah kaji sama ada mahu iktiraf Bahasa Isyarat SG

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2023 08:15PM Dikemas Kini : 19 Sep 2023 08:40PM
SINGAPURA: Pemerintah sedang mengkaji sama ada mahu mengiktiraf Bahasa Isyarat Singapura.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan ia perlu menimbangkan bagaimana status rasmi sedemikian dapat membawa manfaat yang ketara bagi golongan kurang daya pendengaran.

Bahasa Isyarat Singapura (SSL) kini digunakan dan diterima secara meluas oleh masyarakat tempatan. Ia juga merupakan bahasa yang digunakan untuk memberi arahan dan maklumat dalam bidang akademik.

Misalnya, sekolah-sekolah menerima bantuan untuk menyediakan sokongan bahasa isyarat bagi pelajar yang disahkan kehilangan pendengaran.

Siaran televisyen bagi ucapan yang menjadi kepentingan negara dan awam juga disertai dengan bahasa isyarat. Ini termasuk bagi Rapat Umum Hari Kebangsaan dan ucapan Belanjawan setiap tahun.

"MCI akan terus berusaha memastikan perhubungan dan penerangan pemerintah lebih mudah diakses dan kekal inklusif bagi golongan pekak dan kurang daya pendengaran, serta bekerjasama dengan MediaCorp untuk meningkatkan lagi ciri-ciri akses bagi siaran TV percuma," kata Encik Eric Chua, Setiausaha Parlimen Kanan, MSF.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan