Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah jalin kerjasama dengan rakan industri tambah jumlah kursus latihan SGUnited

Pemerintah sedang bekerjasama dengan rakan-rakan industri untuk menambah jumlah kursus latihan yang disediakan di bawah program Kemahiran dan Pekerjaan SGUnited.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Oct 2020 08:07PM Dikemas Kini : 24 Oct 2020 09:39PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang bekerjasama dengan rakan-rakan industri untuk menambah jumlah kursus latihan yang disediakan di bawah program Kemahiran dan Pekerjaan SGUnited.

Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata jumlah pendaftaran sudah melebihi bilangan mereka yang sedang menjalani kursus-kursus yang ada.

Menerusi kursus-kursus tersebut, para peserta dapat menimba kemahiran untuk meningkatkan peluang bekerja mereka.

Pesta kerjaya itu yang dianjurkan Majlis Pembangunan Masyarakat Barat Laut menawarkan lebih 450 pekerjaan antaranya di sektor-sektor kesihatan, pendidikan dan logistik dengan pendapatan sehingga S$3,500 sebulan.

Selain daripada sesi temu duga, para pemohon kerja juga mendapat bimbingan mengenai kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan serta peluang latihan yang boleh mereka manfaatkan.

Namun, Menteri Pendidikan Lawrence Wong menjelaskan bahawa proses pemadanan kepada peluang-peluang pekerjaan boleh mengambil masa.

Pesta kerjaya itu adalah yang pertama daripada empat yang akan dijalankan sepanjang empat bulan akan datang di pelbagai kawasan.

Ia bertujuan mendekati sekitar 600 orang secara fizikal dan lebih 30,000 peserta online.  

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan