Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah harus elakkan daripada terlalu mengawal ruang-ruang digital - S Iswaran

Pemerintah-pemerintah harus mengelak daripada terlalu mengawal ruang-ruang digital, walaupun langkah berjaga-jaga diambil untuk melindungi para pengguna dan kepentingan perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2019 06:21PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 10:52PM

SINGAPURA: Pemerintah-pemerintah harus mengelak daripada terlalu mengawal ruang-ruang digital, walaupun langkah berjaga-jaga diambil untuk melindungi para pengguna dan kepentingan perniagaan.

Menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran, ini kerana ekonomi digital akan terus berubah secara tidak menentu.

Encik Iswaran berkata demikian dalam satu sesi perbincangan panel mengenai kawalan ekonomi digital pada hari kedua, siang tadi (21 Sep).

Perbincangan tersebut turut menyentuh tentang bagaimana ruang digital semakin dikuasai beberapa syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.

Menteri MCI itu juga menambah, sedang masyarakat menjadi semakin bergantung kepada para pengendali wadah sedemikian, syarikat-syarikat dan pemerintah, perlu mencari peluang untuk memupuk kepercayaan dan saling memahami antara satu sama lain.

"Ia bukan lagi lagi setakat syarikat-syarikat privet yang menawarkan sebuah perkhidmatan. Seringkali ia juga berbentuk sebuah perbekalan yang lazimnya digunakan oleh semua pihak.

Pendekatan kami ialah bekerjasama atas dasar kolaborasi dan meneroka bidang-bidang di mana kami perlu mengawalselia," kata Encik Iswaran.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan