Pemerintah digesa hulur lebih banyak bantuan harungi inflasi, gangguan pasaran jelang Belanjawan 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelang pembentangan Belanjawan 2024, pelbagai pihak berkepentingan menyeru bantuan pemerintah disertakan dalam kenyataan belanjawan nanti.
Ini termasuk sokongan bagi menangani kenaikan kos, peningkatan kemahiran pekerja dan pendanaan untuk bersaing dengan teknologi membangun.
GST serta harga air dan pengangkutan akan naik tahun depan, dengan inflasi juga dijangka kekal tinggi.
Lantaran itu, Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kewangan, Perdagangan dan Industri mengalu-alukan lebih banyak bantuan untuk menanggung tekanan kos.
Kesatuan pekerja turut mengalu-alukan sokongan sedemikian, kerana para pekerja masih bimbang tentang pasaran pekerja yang ketat dan soal pembuangan pekerja.
NTUC mahukan lebih banyak usaha untuk memperkasakan para pekerja menerusi peningkatan kemahiran.
"Saya harap akan ada dos langkah sokongan kukuh yang berterusan untuk membantu isi rumah rakyat Singapura untuk menghadapi kos sara hidup yang tinggi, dan khususnya untuk meluaskan bantuan supaya lebih ramai
keluarga isi rumah pertengahan akan mendapat bantuan untuk menghadapi kenaikan kos," ujar Liang Eng Hwa, Pengerusi, Kewangan, Perdagangan dan Industri GPC.
Sementara itu, Encik Patrick Tay, Setiausaha Agung NTUC pula berkata: "Pertama, sokongan lebih kukuh untuk para pekerja yang menganggur atau dibuang kerja untuk meraih kemahiran-kemahiran dan pekerjaan baharu, untuk boleh mengharungi masa-masa sukar tempoh pengangguran. Kedua, perkukuhkan skim SkillsFuture dan teruskan sokongan pendidikan dan latihan untuk para pekerja tingkatkan kemahiran, dan mengambil kemahiran-kemahiran baru dan muncul dalam permintaan."

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/IA/SY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.