Pemerintah digesa beri lebih banyak sokongan kepada pekerja termasuk belia, golongan kurang upaya: AP buruh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para Anggota Parlimen buruh menggesa Pemerintah supaya memberi lebih banyak sokongan kepada beberapa kumpulan pekerja, termasuk belia dan golongan kurang upaya.
AP GRC Marine Parade Fahmi Aliman akur bahawa Belanjawan tahun ini mencerminkan hasrat kolektif Singapura untuk membina masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya tahan, sedang negara berdepan dengan risiko tiada jaminan pekerjaan di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup.
Merujuk khususnya kepada tiga kumpulan tenaga kerja penting, iaitu pekerja platform, penukar pertengahan kerjaya (PME) dan pekerja warga emas, Encik Fahmi menekankan, ketiga-tiga kumpulan itu mewakili segmen penting ekonomi Singapura yang masing-masing mempunyai cabaran dan keistimewaannya yang tersendiri.
"Adalah penting untuk kita menyokong dan memperkasakan setiap kumpulan ini untuk berkembang maju dalam landskap ekonomi kita yang sedang berkembang. Dalam usaha kami untuk memastikan kejayaan FA4, saya menyeru pemerintah untuk terus mengukuhkan sokongan untuk peningkatan kemahiran, inisiatif penempatan pekerjaan dan program peralihan kerjaya," kata Encik Fahmi.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.