Pemerintah bersedia ambil tindakan guaman terhadap tuntutan hak cipta 'Count on Me, S'pore'
Pemerintah bersedia untuk untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap tuntutan ke atas lagu sambutan Hari Kebangsaan 'Count on Me, Singapore', menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong pada Isnin (5 Apr).
(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Pemerintah bersedia untuk untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap tuntutan ke atas lagu sambutan Hari Kebangsaan 'Count on Me, Singapore', menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong pada Isnin (5 Apr).
Beliau berkata demikian di Parlimen semasa menjawab pertanyaan NMP Leong Mun Wai dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) mengenai tindakan yang diambil oleh Pemerintah untuk melindungi hak cipta lagu tersebut. Encik Joseph Mendoza sebelum ini mendakwa bahawa beliau menulis lagu yang hampir serupa, iaitu We Can Achieve pada 1983, tiga tahun sebelum lagu Count on Me, Singapore dihasilkan.
Menurut Encik Tong, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pertama kali menerima maklum balas bahawa We Can Achieve sudah dipaparkan di beberapa video, bersama kanak-kanak sekolah warga India.
Lagu itu 'hampir serupa" dengan Count on Me, Singapore, dengan hanya beberapa perbezaan kecil. Para pelajar itu kelihatan meluahkan rasa cinta mereka kepada negara mereka dan lagu itu tidak "diperlekehkan", katanya.
Setelah itu, penerbit We can Achieve mengaku bahawa "sebahagian besar lagu itu kelihatan sudah diciplak" dan mereka kemudian memohon maaf dan memadamkan video-video itu daripada platform mereka.
"Kami tidak percaya bahawa ada niat jahat atau niat jahat yang disengajakan, dan oleh itu menerima permohonan maaf mereka," kata Encik Tong.
Encik Mendoza kemudian mendakwa bahawa beliau menulis lagu We Can Achieve pada 1983 dan MCCY mendapatinya sebagai satu tuntutan "yang tidak dapat dipertahankan" jika diambil kira persamaannya dengan Count on Me, Singapore.
"Jika benar dakwaannya itu, maka ia adalah satu penghinaan terhadap hak kita ke atas lagu sambutan Hari Kebangsaan Count on Me, Singapore," menurut menteri itu.
"Oleh itu kami menggesa Encik Mendoza supaya mengemukakan bukti bagi menegakkan dakwaannya itu. Jika gagal berbuat demikian, beliau sepatutnya menarik balik tuntutannya itu. Kami bersedia untuk memulakan prosiding undang-undang, jika perlu, bagi melindungi kedudukan kami."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.