Pemerintah beri rebat cukai hartanah sekali sahaja sehingga 20% pada 2025 bagi rumah didiami pemilik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang didiami pemiliknya akan mendapat rebat cukai hartanah sebanyak 20 peratus pada 2025.
Dalam satu kenyataan media bersama pada Jumaat (29 Nov), Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) menyatakan rumah privet yang didiami pemiliknya pula akan mendapat rebat cukai 15 peratus tetapi dihadkan sehingga S$1,000.
Pemerintah sebelum ini mengumumkan semasa Belanjawan 2024 pada Februari bahawa ia akan menaikkan jalur nilai tahunan (AV) hartanah didiami pemilik mulai 1 Januari 2025.
Jalur AV paling rendah akan dinaikkan daripada S$8,000 kepada S$12,000 manakala yang paling tinggi pula dinaikkan daripada lebih S$100,000 kepada lebih S$140,000.
Ini bermakna pemilik rumahakan membayar cukai hartanah yang lebih rendah atau sama seperti sebelumnya, jika tidak ada perubahan pada AV mereka dan sebelum sebarang rebat.
Dengan perubahan pada jalur AV itu, semua pemilik flat HDB satu dan dua bilik akan tetap tidak perlu membayar cukai hartanah pada 2025.
Semua jenis flat HDB yang lain pula akan terus membayar hartanah 4 peratus daripada nilai AV lebih S$12,000, dedah MOF dan IRAS.
Cukai hartanah dikira mengikut AV,iaitu anggaran sewa tahunan sekiranya hartanah itu disewakan.
Rumah yang didiami pemilik - di mana pemilik tinggal di hartanah itu - membayar cukai hartanah lebih rendah.
Disebabkan rebat dan perubahan kepada jalur AV, semua flat HDB yang didiami pemilik dan 90 peratus hartanah privet didiami pemilik akan membayar cukai hartanah lebih rendah pada 2025, menurut MOF dan IRAS dalam kenyataan medianya.
"Ini akan membantu rakyat Singapura mengurangkan kebimbangan kos sara hidup," jelas kenyataa media tersebut.
Semua pemilik hartanah akan menerima bil cukai hartanah bagi 2025 mulai Disember.
Ia akan dihantar mengikut kumpulan, dan sesetengah pemilik hartanah mungkin menerimanya lebih awal berbanding yang lain, jelas MOF dan IRAS.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.