Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah belum agih sebarang dana kepada SPH Media, kata MCI

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) menyatakan pihaknya belum mengagihkan sebarang dana daripada S$900 juta yang diperuntukkan kepada SPH Media Trust (SMT) bagi tempoh lima tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah belum agih sebarang dana kepada SPH Media, kata MCI
Diterbitkan : 20 Jan 2023 06:14PM Dikemas Kini : 20 Jan 2023 11:43PM

SINGAPURA: Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) menyatakan pihaknya belum mengagihkan sebarang dana daripada S$900 juta yang diperuntukkan kepada SPH Media Trust (SMT) bagi tempoh lima tahun akan datang.

Dalam satu kenyataannya, MCI juga menyatakan, ia telah meminta Lembaga Pengarah SPH Media supaya berkongsi dapatan jawatankuasa audit, dan mengharapkan "kerjasama penuh" berhubung hal itu. 

"MCI kini sedang menjalankan semakannya sendiri berhubung sama ada percanggahan dalam data edaran itu akan  menjejas keputusannya untuk memberi dana kepada SMT, dan jumlah yang diperuntukkan Pemerintah kepada dana tersebut," tambahnya.

"Kami belum  mengagihkan sebarang dana kepada SMT setakat ini. Kami akan kongsi dapatan kami pada masa yang sesuai."

SPH Media Trust mula beroperasi pada Disember 2021 selepas ia dikeluarkan dari Singapore Press Holdings (SPH) untuk menjadi sebuah entiti bukan mengaut keuntungan.

Pemerintah pada ketika itu menyatakan ia akan memperuntukkan sokongan dana sehingga S$900 juta sepanjang tempoh lima tahun bagi membantu entiti baru itu membuat pelaburan penting dan menampung operasinya semasa tempoh peralihan.

KETEPATAN DATA, KEBERTANGGUNGJAWABAN

SPH Media menyatakan dalam kenyataan pada Jumaat bahawa ia telah mengambil tindakan terhadap kakitangan terbabit pada Disember lalu.

"Susuli itu, empat  kakitangan itu sudah meninggalkan syarikat dan lagi tiga diberikan surat amaran," menurut syarikat itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan