Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah belanja $104.2 bilion bagi kembangkan ekonomi SG, persiap pekerja, bina daya tahan negara

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akan membelanjakan sekitar $104.2 bilion untuk mengembangkan ekonomi Singapura, mempersiapkan pekerjanya dan membina daya tahan negara ini.

Ini akan dilakukan sambil mengambil langkah segera untuk membantu keluarga dan warga Singapura yang kurang berkemampuan menangani kadar inflasi yang tinggi.

Tema Belanjawan Negara tahun ini adalah 'Melangkah Ke Hadapan dalam Era Baru'.

Semasa membentangkan Belanjawan 2023, Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata, ekonomi global dijangka akan memasuki satu peringkat di mana negara-negara kurang memikirkan tentang manfaat bersama dan kesalingbergantungan dan sebaliknya lebih tentang keuntungan dan keselamatan negara masing-masing.

Dalam ucapannya selama hampir dua jam, Encik Wong yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menarik perhatian bagaimana China dan Amerika Syarikat saling berlumba-lumba untuk menerajui teknologi-teknologi utama dunia.

Persaingan itu mencetuskan trend nasionalisme ekonomi dan dasar fahaman perlindungan di merata dunia.

Untuk membantu warga Singapura menangani inflasi dan mengimbangi kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST, Belanjawan 2023 akan memperuntukkan lagi $1.6 bilion kepada Pakej Jaminan, selain tokokan $1.4 bilion yang diumumkan pada November tahun lalu.

Ini menjadikannya sebanyak $9.6 bilion secara keseluruhannya.
Sumber : Today/NK/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan