Skip to main content

Singapura

Pemerintah bakal terbitkan laporan hijau tahunan mulai Apr 2023

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Mar 2023 06:46PM Dikemas Kini : 02 Mar 2023 11:25PM
SINGAPURA: Pemerintah Singapura akan menerbitkan laporan tahunan tentang pelbagai usaha kemampanannya, bermula tahun kewangan 2023 April ini.

Ia dalam usaha menerajui usaha negara mengurangkan pelepasan karbon, selain menggalak lebih banyak syarikat memantau dan bergerak ke arah amalan perniagaan lebih mampan.

Pelbagai agensi pemerintah dan badan berkanun akan ikut serta mulai tahun kewangan 2024.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata: "Laporan tersebut akan memaparkan usaha, pencapaian serta rancangan kita. Kita akan mulakan dengan laporan pelepasan Skop 1 dan 2, penggunaan elektrik dan air, dengan rujukan kepada piawaian dan rangka kerja antarabangsa."

Mulai Tahun Kewangan 2024 juga, pemerintah akan menimbangkan amalan kemampanan syarikat-syarikat yang ia langgani, bermula dengan sektor binaan dan teknologi infokom.

Ini membentuk lebih 60 peratus kontrak pemerolehan pemerintah.

"Oleh kerana ia konsep baru, kami akan ketepikan hingga 5 peratus mata penilaian bagi kemampanan sekitaran.

"Kami akan menyemak semula kadar itu dan mendampingi industri dengan rapat, sedang kami perluas kriteria kemampanan bagi pemerolehan ke lebih banyak sektor awam," kata Cik Fu.

 
Sumber : CNA/IQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita