Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah bakal lancar wadah bagi belia bincang isu sosial, pertingkat sokongan kesihatan mental

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah bakal lancar wadah bagi belia bincang isu sosial, pertingkat sokongan kesihatan mental

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

SINGAPURA: Pemerintah akan menggalakkan belia di Singapura supaya lebih melibatkan diri dalam isu-isu nasional dan sosial dengan bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan wadah-wadah selamat "untuk meneroka dan membincangkan  pelbagai pandangan, serta membantu menyemai sikap empati terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza," menurut Encik Alvin Tan. 

Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia itu berkata pada Khamis (10 Mac) bahawa sebagai sebahagian daripada usaha ini, Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dan Mediacorp akan melancarkan 'Civic Conversations' ('Perbualan Sivik'), iaitu kempen online yang berlangsung dari April hingga September tahun ini. 

Kempen itu bertujuan untuk menekankan nilai-nilai dan norma penting yang "mendorong perbualan kami dan melakarkan ruang untuk perbincangan yang penuh hormat dan mendalam". 

Topik-topik utama yang akan dibincangkan termasuk soal kaum dan agama, hubungan rakyat-warga asing dan hubungan antara berbilang generasi, tambah Encik Tan. 

Golongan muda juga boleh mengambil bahagian dalam sesi-sesi Instagram Live dengan panel pakar dan mendapatkan akses kepada kandungan tersebut menerusi laman web mikro, kata Encik Tan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY). 

Selain menekankan kepentingan memperkukuh persefahaman, khususnya berkaitan isu-isu sosial utama, Encik Tan juga menarik perhatian terdapat perkembangan polarisasi, budaya 'cancel' atau memboikot seseorang sedang perbincangan terbuka di media sosial menjadi satu kebiasaan. 

"Kita harus memperkukuhkan ikatan sesama penduduk, bukan sahaja kepelbagaian pendapat, tetapi juga dengan orang-orang daripada latar belakang kaum, agama dan etnik yang berbeza," gesa Encik Tan. 

Beliau juga akur betapa pentingnya untuk mempunyai sokongan yang lebih kukuh terhadap kesihatan mental di Singapura an keperluan memperteguh sokongan bagi belia, kerana "sekiranya pandemik berakhir, isu-isu kesihatan mental tidak akan lesap begitu sahaja. 

"Kami mahu anak muda kita tahu bahawa mereka boleh mendapatkan bantuan dan mengongsi tentang kesihatan mental dan kesejahteraan mereka tanpa takut dihakimi," kata Encik Tan. 

MCCY akan memperluaskan rangkaian sokongan rakan sebaya di beberapa tempat termasuk sekolah, tempat kerja, online dan dalam masyarakat. 

MCCY dan NYC juga sedang bekerjasama dengan badan-badan sektor belia, seperti Campus Psy dan Young NTUC, untuk menganjurkan program-program rangkaian sokongan. 

SOKONGAN KESIHATAN MENTAL

Encik Tan turut memberikan perkembangan  usaha Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia yang ditubuhkan pada 2020. Beliau  berkata lebih 1,500 individu sudah memulakan lebih 20 projek yang bertujuan menyokong kesejahteraan mental anak-anak muda. 

Golongan ini termasuk belia, ibu bapa, penjaga dan pakar-pakar kesihatan mental. 

Rangkaian itu akan diperluaskan untuk menangani pelbagai lagi isu-isu kesihatan mental.

"Isu-isu mental tidak hanya menjejas anak muda kita. Bagi mereka yang akan meraih manfaat daripada inisiatif-inisiatif ini, rangkaian tersebut mungkin boleh membantu anda mencari perkhidmatan dengan lebih mudah lagi."

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan