Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah anggar belanja S$4.5 bilion bagi rangkaian kereta api

Pemerintah dijangka membelanjakan sekitar $4.5 bilion bagi rangkaian kereta api dalam tempoh lima tahun mendatang. Jumlah tersebut lebih tinggi daripada anggaran $4 bilion yang dibuat pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Feb 2019 08:07PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 01:32AM

SINGAPURA: Pemerintah dijangka membelanjakan sekitar $4.5 bilion bagi rangkaian kereta api dalam tempoh lima tahun mendatang. Jumlah tersebut lebih tinggi daripada anggaran $4 bilion yang dibuat pada tahun lalu.

Bercakap di Parlimen hari ini (13 Feb), Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membina, mengganti dan meningkatkan aset-aset operasi rel termasuk kereta api dan sistem isyaratnya.

Beliau menambah, pemerintah akan menanggung risiko pendapatan bagi laluan MRT Thomson-East Coast bagi tempoh konsesi selama sembilan tahun. Ini bermakna pada akhir sembilan tahun, tambangnya akan merangkumi kurang separuh daripada kos operasi.

Menurutnya lagi, jumlah tersebut adalah subsidi besar daripada pihak pemerintah dan dalam tempoh 10 tahun yang sama, bukan saja Laluan Thomson tetapi juga terdapat Laluan Daerah Jurong dan Laluan Rentas Pulau.

Kedua-duanya adalah laluan yang panjang dan pemerintah tiada pilihan lain selain membiayainya menggunakan model kos kasar kerana jika tidak, tiada pengendali akan masuk tender.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan