Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan umum strategi baru bagi banteras pembiayaan pengganasan

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah akan umum strategi baru bagi banteras pembiayaan pengganasan

Gambar fail.

Diterbitkan : 25 Mar 2022 07:04PM Dikemas Kini : 25 Mar 2022 10:16PM

SINGAPURA: Pemerintah akan mengumumkan strategi baru negara untuk membanteras pembiayaan pengganasan.

Strategi ini akan melakar pendekatan Singapura untuk mengatasi risiko dan membimbing agensi-agensi dalam membangunkan rancangan bagi mencegah pembiayaan pengganasan.

Strategi ini adalah berdasarkan dapatan satu penilaian risiko yang dijalankan pada tahun 2020 untuk mengenal pasti ancaman-ancaman utama yang berkaitan dengan pembiayaan pengganasan serta bidang-bidang yang berisiko.

Semasa berucap dalam sebuah webinar mengenai pencegahan ekstremisme, Menteri Negara Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata wadah Internet sudah memudahkan kumpulan pengganas untuk mengumpul dana.

Oleh itu, usaha untuk membanteras pembiayaan pengganasan adalah keutamaan di mana-mana.

Sumber : Agensi berita/IA/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan