Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan terus usaha untuk jadikan S'pura mesra keluarga: PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jun 2022 08:02PM Dikemas Kini : 04 Jun 2022 09:58PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemerintah akan terus berusaha menjadikan Singapura mesra keluarga.

Orang ramai boleh menjangkakan lebih banyak sokongan di pelbagai peringkat kehidupan.

PM Lee berkata demikian di majlis pelancaran Minggu Keluarga Nasional yang menawarkan pelbagai program merata negara.

Keluarga adalah benteng pertama aspek jagaan dan sokongan serta membantu memupuk perwatakan dan nilai-nilai seseorang individu.

Itulah sebabnya mengapa PM Lee mengatakan keluarga penting dalam membangunkan individu berdaya tahan.

Lantaran itu, Singapura menetapkan 2022 sebagai Tahun Meraikan Keluarga SG.

"Pemerintah akan terus menyokong keluarga-keluarga kita. Ganjaran perkahwinan dan keibubapaan yang kami tawarkan akan membantu rakyat Singapura mencapai aspirasi mereka untuk memulakan sebuah keluarga," kata Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong.

"Dasar pemilikan rumah kita membolehkan majoriti warga tempatan untuk memiliki rumah HDB dan membesarkan keluarga mereka, tambah Encik Lee.

Kita memperbaiki pendidikan prasekolah untuk memberikan setiap anak rakyat Singapura permulaan yang baik dalam kehidupan dan kami terus meluaskan sokongan bagi warga emas supaya mereka dapat menua dengan baik dalam masyarakat, kata beliau.

Minggu Keluarga Nasional bermula dengan sebuah karnival di Suntec City pada hujung minggu ini dan tiga lagi di lokasi kejiranan.

Para pengunjung boleh mendapat akses kepada sumber perkahwinan dan keibubapaan serta mempelajari nilai-nilai kekeluargaan.

Majlis Keluarga Sepanjang Hayat berharap dapat menganjurkan Minggu Keluarga Nasional satu acara tahunan secara tetap, pada cuti sekolah bulan Jun.

"FFL @ Masyarakat adalah bahagian penting kerja kami. Jadi kami terus mendampingi keluarga melalui sukarelawan, kata Pengerusi Majlis Keluarga Sepanjang Hayat, Ishak Ismail.

"Kami mahu bekerjasama dengan mereka dalam detik-detik penting mereka. Sebelum berkahwin, bagaimana kami boleh menyokong mereka, kemudian perkahwinan semasa mempunyai anak-anak kecil dan banyak lagi detik penting," tambah Encik Ishak.

Ekosistem berdasarkan keluarga itu menampilkan kumpulan sokongan keluarga dan bermula di Choa Chu Kang dan Nee Soon Central pada tahun lalu.

Ia sudah memberi manfaat kepada lebih 2,000 keluarga dan terdapat rancangan untuk meluaskannya kepada lebih banyak bidang seperti menganjurkan program untuk datuk dan nenek.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan