Pemerintah akan terus pastikan flat HDB kekal dimampui dan sistemnya sentiasa adil
Anggaran Waktu Membaca:

Flat HDB di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata pemerintah akan terus memastikan perumahan kekal dimampui di Singapura dan sistemnya sentiasa adil.
PM Wong membuat komen itu dalam wawancara khas bersama Mediacorp, di mana beliau membincangkan topik hangat berhubung kenaikan harga, bersama Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.
Urus niaga flat jutaan dolar menjadi tajuk berita sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Namun, PM Wong berkata urus niaga sedemikian tetap membentuk hanya segelintir daripada jumlah penjualan flat.
PM Wong berkata: "Akan ada julat harga dalam pasaran flat jualan semula HDB kerana terdapat pelbagai jenis saiz flat HDB yang berbeza. Dan sesetengah flat HDB, oleh kerana kami sudah berjaya membina flat-flat HDB yang mempunyai daya tarikan tinggi, terletak di lokasi yang baik dan bernilai tinggi."
PM Wong menambah, harga rumah naik seiring dengan gaji tetapi ia masih dalam kemampuan penduduk, hasil bantuan pemerintah.
"Sebahagian besar pembeli kali pertama yang membeli flat jualan semula HDB dengan geran pemerintah dapat berbuat demikian dan membayar pinjaman rumah dengan wang tunai yang sedikit atau sifar, sepertimana mereka membeli flat BTO," tambahnya.
Menurut PM Wong, hasil defisit tahunan HDB yang meningkat mencerminkan komitmen pemerintah untuk memastikan perumahan terus dimampui.
"Apabila pasaran flat jualan semula mencatatkan harga lebih tinggi, HDB tetap meletakkan harga flat yang boleh dimampui, defisitnya naik.
"Maka itu, pemerintah memberikan lebih banyak dana kepada HDB. Kita sudah merancang untuk perkara ini dalam unjuran fiskal kerana kita menjangkakan hal ini dan akan terus menyokong kerana ia menjadi komitmen kita untuk memastikan flat HDB mampu dimiliki rakyat Singapura."
Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pula berkata kementeriannya akan terus berusaha untuk memastikan penduduk dari semua tahap pendapatan boleh menjadi pemilik rumah.
Sungguhpun demikian, Encik Lee berkata bahawa membina flat di kawasan-kawasan yang lebih tengah bermakna harga akan lebih tinggi, sekalipun dengan subsidi yang besar.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.