Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan terus pantau pasaran hartanah SG, kata DPM Heng

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jan 2023 07:11PM Dikemas Kini : 27 Jan 2023 09:28PM
SINGAPURA: Harga hartanah bagi suku lalu sudah berjaya disederhanakan, selepas langkah-langkah tambahan untuk meredakan pasaran diperkenalkan.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata jumlah urus niaga juga sudah menurun, dan pemerintah akan terus memantau harga dengan teliti untuk memastikan semua rakyat Singapura ada rumah untuk didiami.

"Pasaran hartanah melalui kitaran, walaupun dengan langkah penstabilan yang ditetapkan. Pada masa ini, kita mesti membantu pemilik rumah mengemudi "kegenjotan berganda" pasaran hartanah - harga yang lebih tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi," kata Encik Heng.

Bercakap kepada para pemaju semasa satu acara makan tengah hari Tahun Baru Cina, DPM Heng berkata mereka menyelia nilai rantaian keseluruhan dan sekali gus memainkan peranan penting dalam mengubah sektor persekitaran terbina serta menjadikannya lebih mampan.

Beliau menggalakkan para pemaju itu untuk bekerjasama dengan para perunding cara dan kontraktor, untuk memperkenalkan teknologi baru dan menguji huraian yang berbeza.

"Para pemaju mesti menerajui dari depan. Bangunan-bangunan (selalunya) kekal sepanjang hayat, jika tidak lebih lama. Dan kita mesti membinanya dengan betul, bukan sahaja untuk pemilik rumah segera, tetapi untuk generasi akan datang. Supaya dari masa ke masa, kami boleh ambil pendekatan yang lebih produktif, lebih digital dan lebih hijau untuk projek baru dengan cara yang memanfaatkan semua pihak," ujar Encik Heng.
 
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan