Pemerintah akan terus kerjasama dengan masyarakat, sokong dan pertingkat keupayaan madrasah
Pemerintah akan terus bekerjasama dengan masyarakat untuk menyokong dan mempertingkat keupayaan madrasah di Singapura.
Perdana Menteri Lawrence Wong melakukan lawatan ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 10 April 2025. (Gambar: Facebook/Lawrence Wong)
- Pemerintah akan terus bekerjasama dengan masyarakat untuk menyokong dan mempertingkat keupayaan madrasah di Singapura.
- Beliau turut menyentuh tentang penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) yang bakal memberi peluang kepada lulusan madrasah untuk melanjutkan pengajian Islam di peringkat tinggi, tanpa perlu ke luar negara.
- Kolej tersebut, yang diumumkan semasa Belanjawan 2024, dijangka mula beroperasi menjelang 2026.
- Antara alumni terkenal madrasah tersebut ialah Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, dan Presiden Mahkamah Syariah, Ustaz Irwan Hadi.
Demikian menurut Perdana Menteri Lawrence Wong, menerusi catatan Facebooknya pada Khamis (10 Apr), menyusuli lawatan ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
Menerusi catatan itu, PM Wong menyifatkan madrasah sebagai sebuah institusi yang terus memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pendidikan di Singapura.
"Madrasah membantu melahirkan generasi baharu asatizah dan para pemimpin masyarakat, sekali gus memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat kita.
"Pemerintah akan terus bekerjasama dengan masyarakat untuk menyokong dan mempertingkat keupayaan madrasah di Singapura," kata PM Wong.
Beliau turut menyentuh tentang penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) yang bakal memberi peluang kepada lulusan madrasah untuk melanjutkan pengajian Islam di peringkat tinggi, tanpa perlu ke luar negara.
“Dengan penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura, kami menyasarkan untuk meneruskan asas kukuh ini.
"Ini merupakan langkah penting untuk memastikan kesinambungan, kecemerlangan dan kesesuaian bidang keilmuan Islam di Singapura,” tambah beliau.
Kolej tersebut, yang diumumkan semasa Belanjawan 2024, dijangka mula beroperasi menjelang 2026. Ia dilihat sebagai satu pencapaian besar dalam pembangunan pendidikan Islam tempatan, dan akan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelajar madrasah yang ingin melanjutkan pengajian agama di peringkat tinggi di Singapura.
Selain bermesra dengan para pelajar, PM Wong juga turut mencuba aktiviti tulisan khat.
“Selama beberapa dekad, madrasah ini telah menerima pelajar dari seluruh Singapura dan rantau ini, menjadikannya mercu tanda pendidikan Islam,” kata Encik Wong.
Antara alumni terkenal madrasah tersebut ialah Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, dan Presiden Mahkamah Syariah, Ustaz Irwan Hadi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.