Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan terus imbangi permintaan perumahan dan ruang hijau, kata DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah akan terus imbangi permintaan perumahan dan ruang hijau, kata DPM Wong

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong bercakap semasa Forum Belia CNA pada 27 Nov 2022. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 27 Nov 2022 08:41AM Dikemas Kini : 27 Nov 2022 09:57AM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan komitmen Singapura untuk melindungi kepelbagaian hayat meskipun di tengah-tengah permintaan bagi perumahan.

Beliau menambah pemerintah akan terus mengimbangi antara kedua-dua kepentingan itu.

Sekalipun apabila perlu melakukan pemugaran tanah, ia akan dibuat dengan cara yang berhati-hati.

Encik Wong mengulas tentang kemampanan dan sekitaran semasa Forum Belia CNA, di mana beliau menjawab beberapa soalan tentang isu-isu yang dihadapi belia masa kini.

Menurut Encik Wong, Singapura akan mampu memenuhi keperluan perumahan dan pada masa yang sama, meluaskan ruang-ruang hijau.

Ini boleh dilakukan menerusi perancangan jangka panjang dan mengoptimumkan penggunaan ruang di negara ini.

Encik Wong juga menyentuh tentang usaha untuk menjadikan gaya hidup mampan lebih dimampui, lebih-lebih lagi di tengah-tengah keprihatinan tentang kos sara hidup.

Beliau berkata meskipun sesetengah produk mesra alam mungkin lebih mahal, lambat laun, ia akan menjadi lebih murah.

Ini kerana, jelas beliau, penghasilan sesuatu produk itu akan berkembang di peringkat dunia dan sekali gus, menurunkan harga.

Pemerintah juga boleh menawarkan insentif bagi produk-produk lebih mampan atau mengenakan cukai ke atas produk-produk yang mempunyai jejak karbon yang tinggi.
Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan