Pemerintah akan terus 'berusaha lindungi dan perbaiki' sistem keadilan: PM Lee
Pemerintah akan "terus berusaha untuk melindungi dan memperbaiki" sistem kehakiman negara, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu catatan Facebook pada Selesa (10 Nov).
Cik Parti Liyani (kiri) dan peguamnya Anil Balchandani (tengah) di luar Mahkamah Tinggi pada 27 Okt 2020 (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)
SINGAPURA: Pemerintah akan "terus berusaha untuk melindungi dan memperbaiki" sistem kehakiman negara, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu catatan Facebook pada Selesa (10 Nov).
Ini supaya orang ramai berasa yakin bahawa ia adalah sistem yang "bersih dan bertindak adil bagi semua orang", tambahnya.
Encik Lee berkata demikian sebagai mengulas Kenyataan Menteri yang dibuat oleh Menteri Undang-Undang K Shanmugam di Parlimen minggu lalu mengenai kes Parti Liyani, pembantu rumah warga Indonesia yang dibebaskan daripada tuduhan mencuri daripada majikannya oleh Mahkamah Tinggi pada September. Parti sebelum itu didapati bersalah pada tahun lalu.
"Membangunkan masyarakat yang demokratik berdasarkan keadilan dan kesaksamaan adalah matlamat asas negara kita," tulisnya. "Untuk melakukan demikian, kita perlukan penguatkuasaan undang-undang yang adil dan dengan cara yang betul.
Kenyataan Menteri yang dibuat oleh Encik Shanmugam "menjelaskan fakta-fakta kes itu dengan menyeluruh", menurut Encik Lee.
"Kedua-dua pihak di Parlimen bersetuju bahawa kes itu dikendalikan sebagai kes rutin oleh polis dan Pejabat Peguam Negara (AGC), dan tiada percubaan oleh mana-mana pihak untuk mempengaruhikeputusannya."
Encik Lee menambah: "Kes ini menarik banyak perhatian dan keprihatinan daripada rakyat Singapura dan ia boleh difahami. Jika kita mendapati ada sebarang kelemahan dalam sistem keadilan jenayah kita, kita harus memperbaikinya.
"Kita harus terus berusaha untuk melindungi dan memperbaiki sistem keadilan kita, supaya setiap orang berasa yakin bahawa ia bersih dan bertindak adil bagi semua."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.