Skip to main content

Singapura

Pemerintah akan sumbang AS$100,000 bantu mangsa banjir Nepal

Anggaran Waktu Membaca:
 Pemerintah akan sumbang AS$100,000 bantu mangsa banjir Nepal

(Gambar: PRABIN RANABHAT / AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2024 07:53PM Dikemas Kini : 10 Oct 2024 07:54PM
SINGAPURA: Pemerintah akan menyumbang AS$100,000 (S$130,000) sebagai bantuan kewangan awal untuk menyokong usaha Palang Merah Singapura (SRC) mengumpul dana untuk Nepal, di mana ibu kota Kathmandu telah terjejas akibat banjir teruk.

"Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan keperluan segera masyarakat yang terjejas di Nepal," kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Khamis (10 Okt).

Nepal dilanda banjir paling buruk dalam beberapa dekad selepas hujan monsun menyebabkan air sungai melimpahi tebing dan menenggelam seluruh kawasan kejiranan di ibu kota Kathmandu, mengorbankan sekurang-kurangnya 236 orang.

Bencana yang melanda pada 27 Sep itu adalah yang terbaru daripada beberapa bencana banjir yang melanda negara berkenaan pada tahun ini.

Sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh dalam bencana berkaitan hujan di Nepal tahun ini.
Sumber : CNA/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita