Pemerintah akan sokong usaha dari bawah untuk anjur lebih banyak perbincangan kaum, agama
Pemerintah akan "gembira untuk menyokong" usaha-usaha dari bawah, terutama yang dipimpin golongan belia, demi membawa perbincangan mengenai kaum dan agama ke peringkat masyarakat lebih luas.

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Pemerintah akan "gembira untuk menyokong" usaha-usaha dari bawah, terutama yang dipimpin golongan belia, demi membawa perbincangan mengenai kaum dan agama ke peringkat masyarakat lebih luas.
Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata demikian dalam satu dialog online dengan lebih 100 orang belia siang tadi (25 Jul).
Usaha sedemikian, tambah Encik Shanmugam, akan membantu Singapura ke arah apa yang disifatkannya sebagai keadaan "pasca kaum" di mana seseorang melihat melampaui warna kulit.
Encik Shanmugam juga mahu pihak belia memutuskan had-had apa yang disifatkan sebagai ucapan ofensif,apabila menyentuh topik-topik berkenaan.
"Kita boleh memulakan satu laman, kita boleh bercakap tentang rasisme di laman tersebut, kita boleh berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan, kita boleh menyentuh tentang kesedaran kelas dan kita boleh menyebarkan mesej-mesej ini di ruang pengaruh anda atau di mana jua anda berada. Dengan itu, saya rasa kita mula membuat perubahan," ujar Encik Shanmugam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.