Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan sokong belia agar tidak ketinggalan: DPM Heng

DPM Heng akur golongan muda sekarang mempunyai aspirasi berbeza berbanding generasi dahulu. Pun begitu, Pemerintah akan terus beri sokongan agar generasi ini tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran hari muka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2021 09:14PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 09:23PM

SINGAPURA: Belia Singapura tidak akan ketinggalan dari segi pendidikan, pekerjaan dan keselamatan sosial.

Ini kerana pemerintah akan menyokong mereka dalam beberapa cara seperti mendapatkan kemahiran baru dan meneroka peluang-peluang di luar negara.

Kebimbangan mengenai 'generasi ketinggalan' ini timbul akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat memberikan jaminan itu semasa menyertai sebuah forum dengan para penuntut di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) pada Jumaat (16 Apr).

Menurut beliau, ,memastikan sekolah terus dibuka, peralihan kepada pembelajaran di rumah (HBL) semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dan mengekalkan kadar pengangguran yang rendah menerusi dasar-dasar, meletakkan Singapura dalam keadaan yang lebih baik apabila menghadapi batasan-batasan disebabkan pandemik.

"Pengangguran meningkat di Singapura tapi kita berjaya menangani kesannya sehingga ia tidak seteruk Krisis Kewangan Global. Kohort lulusan dari institusi pengajian tinggi tahun lalu rata-rata cemerlang," kata DPM Heng.

"Dengan sembilan daripada setiap 10 lulusan yang menyertai sektor pekerjaan mendapat pekerjaan atau latihan dalam masa enam bulan selepas tamat pengajian. Ini bersandarkan usaha-usaha utama untuk melaksanakan langkah-langkah kuat untuk membuka peluang-peluang pekerjaan baru dan mengelakkan kesan ekonomi."

Encik Heng akur bahawa generasi masa kini mempunyai aspirasi masing-masing dan berbeza daripada aspirasi materialistik generasi sebelumnya.

Oleh itu perlunya melakukan perubahan
termasuk mencipta lebih banyak nilai untuk masyarakat menerusi inovasi dan perusahaan dengan memanfaatkan teknologi, misalnya untuk memperbaiki kemampanan dan kecukupan makanan.

Terdapat juga aspirasi untuk membina masyarakat inklusif dan memelihara persekitaran.

"Generasi-generasi sebelum ini membina masyarakat yang kita lihat hari ini menerusi kesepakatan dan tolak ansur yang berhati-hati. Kerja ini tidak pernah berakhir. Saya harap generasi anda akan terus mencari jalan maju kehadapan sedang anda wujudkan perbincangan terbuka dan jujur mengenai isu-isu yang anda peduli," ujar DPM Heng.

Menurut beliau terdapat beberapa program, dasar dan langkah yang disediakan untuk menyokong belia dalam mencapai matlamat itu. 

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan