Pemerintah akan ‘sentiasa pastikan perumahan awam kekal dimampui’ rakyat SG: PM Wong
Pemerintah akan "sentiasa memastikan perumahan awam kekal dimampui rakyat Singapura", kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (21 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemerintah akan "sentiasa memastikan perumahan awam kekal dimampui rakyat Singapura", kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (21 Jan).
Bercakap semasa sesi dialog bertemakan impian Singapura, PM Wong turut memberi jaminan bahawa harga flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baharu akan terus ditetapkan pada harga yang disesuaikan dengan tahap pendapatan. Bekalan bagi kedua-dua perumahan awam dan privet juga sedang dipertingkatkan, yang akan membantu menstabilkan keseluruhan pasaran hartanah pada masa akan datang.
PM Wong, yang juga Menteri Kewangan, sedia maklum mengenai kebimbangan terhadap kemampuan untuk memiliki rumah sendiri yang mungkin timbul akibat laporan mengenai flat-flat HDB bernilai jutaan dolar dan apabila orang ramai membandingkan harga flat mereka dengan generasi ibu bapa mereka.
Tetapi itu hanya "satu bahagian daripadanya" dan ia perlu dilihat daripada konteks pendapatan yang meningkat, kata PM Wong di dialog yang dianjurkan oleh unit maklum balas pemerintah Reach dan pertubuhan mahasiswa Varsity Voices di Universiti Nasional Singapura (NUS).
Menjawab soalan mengenai isu kemampuan, beliau berkata bahawa lebih 80 peratus pembeli flat kali pertama dapat membayar pinjaman mereka melalui simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka "dengan wang tunai yang sangat sedikit atau tanpa wang tunai sama sekali".
Ini tidak seperti mereka yang membeli rumah mereka pada tahun 1960-an hingga 1980-an. Walaupun flat lebih murah ketika itu, orang ramai "terpaksa mengeluarkan lebih banyak daripada gaji mereka" untuk membayar gadai janji, menjadikan pendapatan bersih mereka lebih rendah, katanya.
Ini juga hasil Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menetapkan harga flat BTO dengan tahap pendapatan untuk memastikan flat baharu kekal dalam kemampuan sebahagian besar rakyat Singapura.
“Jaminan kepada anda semua ialah HDB akan terus menetapkan harga flat baharu seiring dengan tahap pendapatan, bukan berkaitan pasaran jualan semula … untuk memastikan (perumahan) kekal dimampui,” kata PM Wong.
Menyedari bahawa harga dalam pasaran jualan semula HDB telah meningkat disebabkan oleh gangguan bekalan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, pemerintah telah "membina sebanyak mungkin flat".
Pemerintah berbuat demikian bukan sahaja untuk perumahan awam tetapi juga dengan meningkatkan bekalan rumah privet melalui program penjualan tanah pemerintah kerana kedua-dua pasaran saling berhubung kait. Tetapi usaha meningkatkan bekalan akan "mengambil masa", tambahnya.
“Kami melakukan apa sahaja yang kami mampu untuk meningkatkan hartanah. Harga flat-flat baru adalah berpatutan. Kami akan terus menyemak untuk memastikan ia terus kekal dimampui,” kata PM Wong.
“Bekalan yang kami sediakan untuk pasaran akhirnya akan memberi kesan kepada usaha menstabilkan keseluruhan pasaran hartanah.”
IMPIAN SINGAPURA YANG BERUBAH
Dialog itu dihadiri oleh kira-kira 900 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IHL) yang dikendalikan oleh Naib Provos Kehidupan Mahasiswa NUS, Leong Ching.
Sesi itu diadakan di mengikut peraturan Chatham House, yang menetapkan bahawa para peserta bebas untuk menggunakan maklumat yang diterima tetapi tidak boleh mendedahkan identiti penceramah.
Mengenai soalan tentang impian Singapura, PM Wong berkata ia sudah berubah daripada 5C - tunai, kereta, kad kredit, kondominium dan keahlian kelab eksklusif - kepada tentang mengejar haluan sendiri.
Ia timbul semasa sesi Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore), dengan idea orang ramai tentang kehidupan yang lebih baik melangkaui kejayaan kebendaan yang turut merangkumi matlamat dan hala tuju kehidupan.
“Saya percaya impian Singapura yang diperbaharui adalah sesuatu di mana kita mengejar laluan sendiri … dan kita merealisasikan aspirasi dan impian kita sendiri,” kata PM Wong.
PM Wong turut menarik perhatian bahawa perbandingan dengan orang lain mungkin sebahagian daripada sifat manusia, tetapi ia boleh mengecewakan jika dilakukan secara keterlaluan, sehingga menyebabkan seseorang berasa terperangkap dalam "perlumbaan yang tidak berkesudahan" atau "mengejar impian orang lain".
Beralih daripada itu kepada persekitaran di mana orang ramai menyedari bahawa mereka mempunyai kebolehan dan kekuatan yang berbeza boleh membantu orang ramai mencari tujuan dalam apa yang mereka lakukan, katanya, sambil menambah bahawa berbuat demikian boleh membantu golongan muda untuk "merebut peluang dengan lebih bersemangat".
PM Wong berkata: "Ia lebih bersifat terbuka, tidak begitu ditetapkan. Ia sesuatu di mana kami mahu anda memilih jalan kejayaan anda sendiri, dan akan ada laluan yang berbeza, aspirasi yang berbeza, matlamat yang berbeza.
“Hakikatnya, kami juga berharap rakyat Singapura, dalam merealisasikan potensi anda sendiri, berhati-hati untuk saling menjaga satu sama lain dan membantu kita semua berjaya secara bersama. Saya rasa itu adalah impian Singapura yang boleh kita semua nantikan untuk direalisasikan bersama.”
Ditanya oleh seorang pelajar mengenai bantuan yang diberikan kepada golongan kurang upaya dan berkeperluan khas untuk mencapai impian Singapura mereka, PM Wong berkata pemerintah telah melakukannya melalui sekolah pendidikan khas (SPED) dan sedang mengkaji cara untuk menangani kebimbangan tentang perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar tersebut selepas tamat pengajian.
“Kami sentiasa mendengar kebimbangan selepas mereka meninggalkan bangku sekolah… Kami sedang mencari cara untuk menambah baik beberapa laluan untuk mereka bekerja, atau sekurang-kurangnya melakukan sesuatu dengan kehidupan mereka yang bermakna dan memuaskan,” kata PM Wong, sambil menambah bahawa beliau berharap untuk berkongsi beberapa rancangan tersebut semasa membentangkan Belanjawan 2025 pada bulan depan.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.