Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan sediakan lebih banyak tempat prasekolah; semak cara hulur lebih banyak bantuan kepada ibu bapa

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah akan sediakan lebih banyak tempat prasekolah; semak cara hulur lebih banyak bantuan kepada ibu bapa

(Gambar: Tangkapan skrin video Made For Families/YouTube)

SINGAPURA: Singapura berharap strategi aturan kerja fleksibel (FWA) dapat menggalak lebih ramai penduduk tempatan untuk mempunyai anak.

Ini sedang kadar kesuburan negara tahun lalu mencecah paras paling rendah pada 1.04, iaitu di bawah kadar 1.05 yang diumumkan pada Mac.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata bahawa untuk FWA berjaya, majikan perlu memberi tumpuan kepada hasil kerja, bukan masa yang diluangkan di tempat kerja.

"Majikan dan pekerja perlu berbincang tentang cara mencapai imbangan yang baik kerana jika ia tidak berlaku dan satu keseimbangan baru tidak tercapai, mereka akan sentiasa tidak sekata. Majikan tidak akan dapat mengambil dan mengekalkan bakat yang diperlukan dan peluang pekerja untuk dapat bekerja sambil membina keluarga tidak akan sebaik yang diharapkan," kata Cik Indranee.

Cik Indranee menekankan, FWA bukan sekadar bekerja dari rumah.

Aturan lain termasuklah waktu fleksibel bagi ibu bapa mengambil anak mereka atau mengurangkan tugas bagi golongan penjaga.

Beliau menambah semua jenis pekerjaan boleh melaksanakan beberapa bentuk FWA untuk memenuhi jenis pekerjaan itu.

Pemerintah pula akan menyediakan lebih banyak tempat prasekolah dan menyemak cara-cara memberi lebih banyak bantuan kepada ibu bapa untuk menjaga bayi mereka.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan