Pemerintah akan pantau pertumbuhan pendapatan rakyat; kata DPM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah sedang memantau pertumbuhan pendapatan rakyat di tengah-tengah inflasi yang meningkat.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata jika perlu lebih banyak akan dilakukan bagi mereka yang memerlukan bantuan.
DPM Wong berkata demikian sebagai respons kepada beberapa soalan di Parlimen hari ini (12 Sep) berhubung kenaikan kadar GST.
GST Singapura akan naik dari 7 peratus hingga 8 peratus pada tahun depan.
Kadar itu akan terus meningkat kepada 9 peratus pada 2024.
Para Anggota Parlimen (AP) juga bertanya jika langkah-langkah cukai boleh ditangguhkan sambil merujuk kepada inflasi yang meningkat serta pendapatan cukai yang tinggi dalam Tahun Kewangan 2021.
"Khususnya, pendapatan cukai setem membentuk sebahagian terbesar peningkatan pendapatan cukai pada FY2021. Pasaran hartanah pulih pada rentak lebih pantas daripada apa yang dijangkakan ramai pengamat pasaran. Walaupun pasaran hartanah membawa kebaikan, mungkin juga berlaku kemerosotan dalam pasaran seperti yang berlaku dalam pengalaman sebelum ini.
"Lantaran itu, kita tidak boleh bergantung kepada pengumpulan berpaksikan sentimen yang boleh turun naik dari tahun ke tahun sebagai sumber pendapatan yang stabil dan mampan dalam memenuhi keperluan perbelanjaan berulang yang semakin meningkat," kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.