Pemerintah akan lindungi agensi, syarikat daripada serangan siber berniat jahat: Dr Janil
Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Janil Puthucheary berkata Pemerintah akan melindungi agensi-agensi daripada serangan siber.

Gambar fail. (Gambar: AFP/File/Thomas Samson)
Ini termasuk khidmat-khidmat penting seperti syarikat bekalan tenaga dan utiliti yang yang mungkin tidak menggunakan domain gov.sg.
Menjawab pertanyaan di Parlimen pada Rabu (6 Mac), Dr Janil berkata Singapura bukan dalam kalangan 20 negara yang terjejas oleh serangan siber yang dilancarkan sebuah syarikat teknologi China.
"Apabila menyentuh tentang langkah-langkah keselamatan siber bagi maklumat penting dan infrastruktur kami, terdapat pelbagai lapisan dan isu yang perlu difikirkan.
"Dan ia bukan sekadar melatih kakitangan awam kami. Ia sudah tentu merupakan komponen yang penting. Tetapi kita mempunyai pendekatan pertahanan berbilang lapisan secara mendalam bagi melindungi sistem ICT Pemerintah," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.