Pemerintah akan lancarkan ketersambungan Wi-Fi 6E yang lebih kuat & pantas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Khidmat Wi-Fi yang lebih pantas akan ditawarkan di Singapura pada akhir tahun ini.
Pemerintah akan melancarkan apa yang dikenali sebagai Wi-Fi 6E untuk membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi khidmat jalur lebar lebih pantas.
"Ini penting kerana banyak perkara yang kami lakukan dengan robotik dan bahagian-bahagian lain prasarana kami bergantung kepada penghantaran data berkelajuan tinggi.
"Dan kami perlukan pelbagai modaliti bagi penghantaran data, sama ada gentian atau menerusi syarikat telekomunikasi, 4G dan 5G dan sama ada berhubung Wi-Fi dalam bangunan, kami mahu kesemuanya berada pada kelajuan yang sama atau kelajuan serupa," kata Menteri Negara Kanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary.
Pemerintah menyatakan ia akan memperuntukkan spektrum 500 mega-hertz dalam jalur 6 giga-hertz untuk Wi-Fi.
Ini bermakna ketersambungan akan menjadi lebih pantas dan lebih kuat untuk orang ramai dan perniagaan.
Dalam sekitaran hospital, ini boleh membezakan antara hidup dengan mati.
Ini kerana dengan sambungan Wi-Fi yang lebih pantas, sistem hospital dapat bekerja dengan lebih pantas dan ia juga meringankan beban bagi doktor dan jururawat.
Ia sekali gus membolehkan mereka melakukan tugas-tugas yang bernilai tinggi, seperti melayani para pesakit.
Ia juga akan menjadikan ketersambungan lebih lancar untuk pengguna yang bertukar antara selular dan Wi-Fi, di samping melengkapkan peningkatan dalam Rangkaian Jalur Lebar Nasional.
Panel Penasihat juga sudah ditugaskan untuk membimbing peralihan ini menyatakan, apa yang boleh dilakukan cukup luas.
Ketersambungan yang kuat diharap dapat membantu sokongan robotik melengkapi tenaga kerja sedia ada, dengan mengambil alih tugas-tugas rutin dan melaksanakan pelbagai tugas.
Selain itu, ia juga diharapkan dapat memupuk hubungan kerja antara manusia dengan robot.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.