Skip to main content

Singapura

Pemerintah akan 'lakukan segala yang mungkin' untuk lindungi Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah

Pihak berkuasa berikrar akan melakukan apa saja untuk melindungi Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, tegas Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah akan 'lakukan segala yang mungkin' untuk lindungi Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 12:48PM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 12:52PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa berikrar akan melakukan apa saja untuk melindungi Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, tegas Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min sambil menambah bahawa Pemerintah akan terus bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan pencinta alam untuk mengurangkan kesan kerja-kerja binaan Laluan Rentas Pulau (CRL) yang akan dibina di bawahnya.

"Kami akan melakukan apa sahaja untuk melindungi Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah kami," menurut Dr Lam kepada para wartawan pada Rabu (4 Dis) berdekatan Stesen MRT Botanic Gardens.

Pemerintah mengumumkan pada hari yang sama bahawa Laluan Rentas Pulau (CRL) akan dibina di bawah Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah kerana ia lebih memanfaatkan rakyat Singapura berbanding pilihan mengelilingi kawasan itu.

Dengan Kajian kejuruteraan Lanjut bagi pilihan penjajaran langsung dijangka bermula tahun depan, Dr Lam berkata bahawa pihak berkuasa akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan pencinta alam untuk melakarkan lebih banyak langkah pencegahan jika perlu.

Dengan pilihan secara langsung itu, ia bermakna 4 kilometer daripada jalan tersebut akan melalui bawah padang golf Singapore Island Country Club, Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE). Daripada jarak ini, laluan sejauh 2 kilometer akan dibina di bawah hutan simpanan.

Menjelaskan keputusan Pemerintah itu setelah mengumpul maklum balas awam berhubung isu tersebut selama 6 tahun, Dr Lam berkata bahawa pihak berkuasa sudah melakukan "segala yang boleh" untuk menghadkan risiko-risiko berkaitan laluan yang melalui bahagian bawah Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah.

Menurutnya lagi, pihak pemerintah sudah mendapatkan pandangan para ahli akademik, kumpulan pencinta alam dan penasihat antarabangsa, dan melaksanakan penilaian kesan terhadap alam sekitar.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita