Pemerintah akan jamin masa hadapan lebih cerah untuk rakyat SG: PM Lawrence Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata pemerintah akan memastikan ia menjamin masa hadapan yang lebih cerah untuk rakyat Singapura.
Ini meskipun dengan perkembangan sejagat baru-baru ini yang tidak menentu.
PM Wong berucap kepada para penduduk Holland-Bukit Timah dan Bukit Panjang di sebuah acara sambutan Hari Raya.
Beliau berkata Singapura bersatu padu walaupun ia sebuah masyarakat majmuk yang berbilang budaya.
"Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan, di sebalik keadaan bergelora, di sebalik ketidaktentuan, bahawa Singapura akan sentiasa kekal sebagai mercu tanda kestabilan dan keharmonian.
"Apa yang kita miliki di sini adalah berharga dan apa yang kita ada di sini mesti sentiasa dilindungi serta dihargai," kata PM Wong.
Sekitar 2,000 penduduk dari Holland-Bukit Timah dan Bukit Panjang memeriahkan acara SG60 Raya Bersama siang tadi.
Selain menjamu selera dengan aneka juadah dan kuih-muih tradisional Melayu, hadirin juga diajak mengenali adat resam Melayu menerusi pelbagai permainan dan siri persembahan.
Awal dari itu, PM Wong menyertai para aktivis GRC Holland-Bukit Timah dan GRO Bukit Panjang ke Masjid Al-Iman di mana agihan khas disampaikan menerusi
Inisiatif Pantri Masyarakat Kita yang dipimpin oleh Masjid Al-Iman dan disokong oleh GRC Holland-Bukit Timah serta GRO Bukit Panjang.
Sejak dimulakan pada 2022, 250 keluarga sudahpun meraih manfaat, dengan lebih 40 peratus keluarga penerima yang dibantu meliputi kaum-kaum lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.