Pemerintah akan guna FICA, POFMA jika berlaku manipulasi di media sosial semasa GE, kata Sun Xueling
Pemerintah akan mendampingi syarikat-syarikat media sosial menjelang pilihan raya umum akan datang bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang, terutama sekali berhubung campur tangan asing.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akan mendampingi syarikat-syarikat media sosial menjelang pilihan raya umum akan datang bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang, terutama sekali berhubung campur tangan asing.
Usaha itu bertujuan mengingatkan wadah media sosial mengenai tanggungjawab mereka dalam mengekalkan integriti pilihan raya.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling berkongsi langkah tersebut di Parlimen pada Rabu (5 Feb) serta menjelaskan bahawa sebarang manipulasi pada algoritma media sosial oleh entiti-entiti asing akan dianggap sebagai satu tindakan campur tangan.
Cik Sun berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Dr Tan Wu Meng mengenai kebimbangan bahawa algoritma media sosial dimanipulasi sama ada untuk lebih memihak atau merugikan calon-calon atau kumpulan-kumpulan tertentu, semasa atau sebelum pilihan raya umum diadakan.
Pemerintah Singapura berpendirian sekiranya terdapat entiti asing di sebalik usaha mempengaruhi politik dalam negeri, maka ia tidak boleh diterima sama sekali dan diharamkan.
Tambah Cik Sun, jika maklumat palsu dikongsi semasa pilihan raya, pemerintah mungkin mengeluarkan perintah di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).
Ini bermakna, pihak terbabit dikehendaki menerbitkan fakta-fakta sebenar.
"Boleh menteri berkongsi tentang bagaimana Singapura dan rakyat Singapura boleh melindungi diri sendiri dan demokrasi kita dengan lebih baik, upaya syarikat-syarikat media sosial luar negara tidak memanipulasi algoritma untuk menjejas hasil proses demokrasi kita?" soal Anggota Parlimen GRC Jurong, Dr Tan Wu Meng di Parlimen.
"Kami akan terus mengkaji landskap online yang kian berubah-ubah serta menyemak jika syarat-syarat tambahan diperlukan bagi khidmat media sosial sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan keselamatan online di Singapura serta memperkukuhkan pertahanan kita terhadap campur tangan asing," kata Cik Sun.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.