Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan biaya sepenuhnya kenaikan caruman CPF pekerja platform

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai 2025, pemerintah akan membiayai 100 peratus kenaikan caruman CPF bagi pekerja platform lebih muda.

Ini lebih tinggi daripada 75 peratus yang diumumkan sebelum ini.

Had pendapatan bulanan bagi mereka yang layak juga dinaikkan daripada S$2,500 kepada S$3,000.

"Mereka mungkin melakukan pekerjaan ini untuk tempoh agak lama dan ramai daripada mereka ada keperluan perumahan, sebagai orang muda yang baru memasuki pasaran kerja, memulakan keluarga," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Dr Koh Poh Koon.

"Jadi aliran caruman CPF yang berterusan akan memastikan mereka dapat memenuhi keperluan perumahan mereka, serta memastikan mereka mempunyai peluang untuk bekerja lebih lama dan juga mempunyai tempoh yang panjang untuk mengumpulkan faedah kompaun dalam CPF yang mereka carum seawal mungkin," jelas beliau lagi.

Skim Sokongan Peralihan CPF bagi Pekerja Platform itu akan dikuatkuasakan mulai Januari 2025.

Apa yang boleh dijangkakan adalah caruman CPF bagi pekerja platform akan dibiaya sepenuhnya oleh pemerintah untuk tahun pertama. Ini merupakan kenaikan 25 peratusan mata.

Pada tahun kedua pula, ia akan naik kepada 75 peratus dan akan kekal pada 50 peratus untuk tahun ketiga.

Langkah ini juga akan menjejas pekerja berusia yang mahu membuat caruman CPF.

Syarikat Foodpanda sudah mempersiapkan pekerjanya bagi perubahan ini.
Sumber : CNA/IA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan