Pemerintah akan belanja S$3.3 bilion bagi prasarana, khidmat digital
Pemerintah akan membelanjakan sehingga S$3.3 bilion tahun kewangan ini bagi menyediakan prasarana dan perkhidmatan digital awam.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akan membelanjakan sehingga S$3.3 bilion tahun kewangan ini bagi menyediakan prasarana dan perkhidmatan digital awam.
Sebanyak S$2.1 bilion akan diperuntukkan bagi meningkatkan kebolehpercayaan termasuk memindahkan lebih banyak perkhidmatan ke rangkaian awan, selain memantau ancaman siber.
"Kesan gangguan perkhidmatan digital ke atas rakyat, sebenarnya sangat tinggi. Kami mahu terus mendapat kepercayaan rakyat dalam menggunakan perkhidmatan digital pemerintah," kata Goh Wei Boon, Ketua Eksekutif GovTech.
"Jadi, peruntukan tambahan untuk infrastruktur digital akan membolehkan kami mengukuhkannya, jadikan ia lebih berdaya tahan dan lebih selamat."
Dengan kontrak bernilai berbilion dolar dikeluarkan setiap tahun,
Pemerintah juga mahu menjadikan kerjasama dengan industri itu lebih mudah dan fleksibel.
Contohnya, ia sedang meneroka cara untuk memudahkan syarat kontrak.
GovTech meminta maklum balas daripada pemain industri tentang perkara yang boleh dilakukan dengan lebih baik, dan cara membaiki lagi khidmat digital.

Sumber : CNA/SU/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.